Thursday, March 31, 2011

Cukai Punya Hal

Gua tengah pening kepala kira cukai sekarang. Memangla senang kira pakai online, yang gua pening gua pun nyaris lupa apa yang gua boleh kecualikan dalam cukai ni.

Income tahunan gua je dah dekat-dekat 10 juta. Itu belum kire lagi aset-aset yang datang dari luar negeri, chip-chip dalam zygotpokerok, hasil ternak ayam, itik, ladang-ladang kat farmbil. Ish, kalau nak sembang semua dalam ni, 7 keturunan punya entri pun belum tentu khatam. 

Kalau nak kira-kira balik duit-duit sumbangan yang gua dah campak dalam pilihanraya, hadiah-hadiah rancangan realiti, bantu sana, bagi sini, siap-siap tolak balik potongan pcb. Gua rasa adalah dalam setengah juta jugak kerajaan hutang pada gua.

Perancangan Gua Hari Ini

Gua dapat rasakan sekarang yang gua semakin malas untuk memandu kereta dalam urusan pergi-pulang dari kerja. Jiwa gua dah macam tak boleh nak 'in' dengan sistem pemanduan dan peraturan jalan raya kat tanah Melayu ni. Belum lagi gua cerita pasal sikap segelintir pemandu Malaysia ni yang bawak kereta macam entah apa gua sampai tak reti nak labelkan.

Agak-agak lu orang kalau gua bawak keluar ringgit malaysia sepuloh billion dari gua punya akaun lepas tak nak buat tren, MRT, LRT or apa sahaja pengangkutan yang khas dari depan pintu masuk rumah gua direct sampai opis tempat gua kerja kat seksen 7 tu. Peh! Gila ape ade duit banyak tu buat sistem LRT, nak kena menten lagi tiap bulan, rosak nak repair lagi. Kalau dah rosak memang tenggiling besi tu juga gua angkut bawak pegi ofis sudahnya nanti. Itu belum campur bab cukai itu ini dari kerajaan. Kadang gua hairan kerajaan ni dengan talibarut dia sendiri pun nak berkira.

Karut! Ini karut. Bila gua kaji selidik balik adalah lebih baik gua beli BMW berseries-series, barang sebijik dia lepas tu cari driver yang expert bawak kereta mewah kemudian suruh dia anta-ambik gua kat opis. Cukup bulan gua bagi lu gaji 5k je. Cukup lah tu. Habis cerita..

Soal utama sekarang mana gua nak cari RM10b tu. Lu ade? Bagi gua 'advan' dulu. Nanti projek mega gua dah jalan, gua bayar la! Kehkehkeh..

Gua baru selesai kemas kini blog gua yang haprak ni. Kalau rasa nak tau sejarah blog gua ni lu orang boleh refer kat sini dan sini. Sekian.

Menabung Sepanjang Hayat


Bila gua hitung-hitung balik, Tuhan dah bagi 'can' untuk gua bernafas dalam dunia ni selama 7865 hari bersamaan 188760 jam atau bersamaan jugak dengan 11325600 minit. Macam mana gua kira tu lu orang tak payah nak sibuk. Bukan senang-senang  punya jalan kerja nak kira berapa hari dah duduk dalam dunia ni. Semua ilmu math gua keluarkan. Daripada algebra, kebarangkalian, 'sin,kos,tan', semualah gua guna. Sampai gua musykil begini punya hebat jalan kira tapi kenapa masa SPM dulu gua tak boleh gak nak score dalam math gua. Cis!
Gua kira-kira kalau gua kumpul sehari seringgit sejak gua lahir, gua dah ade Rm 7865.00. Ni kalau nak menikah anak dara orang memang tak payah dah pening kepale nak cari duit kat mane. Tinggal 'topap' sikit-sikit je. Agak-agak lu orang, releven ke kalau gua baru nak start menabung dari sekarang? Kehkehkeh.. Gua merapu lagi.

p/s : kalau lu orang boleh detect bila gua punya 'bufday' memang lu orang punya math A.
p/s : klu nya, next 'bufday' gua adalah dalam masa 170 hari dari sekarang.


Wednesday, March 30, 2011

Baca

Hari ni baru gua sedar yang scene hidup gua sekarang adalah berkait dengan baca, membaca, dibaca dan sekalian yang ada kena mengena dengan baca.

Kerja gua memang lah sebagai pembaca. Sambil gua baca pruf, gua baca blog, sambil tu jugak mata gua tak lepas baca mesej dalam henpon gua. Ni belum masuk lagi status-status yang gua telaah dalam fesbuk dari pukul 8 pagi. Bila kenang-kenang balik, banyak ilmu gua dapat dalam sehari! Kehkehkeh..

p/s : Lepas ni gua ingat nak dalami 'scene' tangkap-tangkap plak.

Malaysia Kita


Yang kaya semakin kaya.
Yang miskin dapat bantuan.

Sudahnya...

Golongan sederhana yang terus papa kedana.

Thursday, March 10, 2011

Rumah Sukan

0710 hrs.
Dengan lafaz bismillah, gua pulas kunci untuk menghidupkan enjin kereta. Lepas tu gua biar kereta gua 'warm-up' lebih kurang sebelum memulakan tugasnya. Gua tekan-tekan channel radio dan singgah di salah sebuah sykt. penyiaran swasta. Gua dengar sejenak "ahh,takde unsur politik, boleh layan ni". Gua dapat tangkap dari apa yang mereka bincangkan pagi tu adalah pasal sukan masa zaman sekolah dulu. Terus gua terimbau kenangan lalu. Sambil gua bersandar pada 'seat' kereta gua sandarkan sekali pada kenangan lama gua masa sekolah.

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Pertengahan penggal ke-2, 1998.
"Mulai esok, sekolah kita akan mengadakan acara sukan tahunan seperti yang sebelumnya. Jadi sila dapatkan maklumat rumah sukan kamu pada guru kelas masing-masing." Suara cikgu sukan menerobos masuk ke telinga setiap murid masa perhimpunan mingguan.

Esoknya, bila guru kelas gua masuk, kawan-kawan sekelas gua dah mula sibuk-sibuk tanya cikgu pasal rumah sukan. "Tak boleh jadi ni". getus gua. Gua capap sekali. Kalau lu orang nak tau kat sekolah gua tu yang namanya Sekolah Kebangsaan Seri Makmur, rumah sukan yang paling feymes rumah merah. Dengar nama pon dah dapat agak yang rumah merah tu memang chempien, klasemen, pegang title johan tiap tahun. Manakala rumah paling busuk dan hampeh tahap cikai rumah hijau. Yang pegang title no.2 dengan no.3 kalau tak rumah kuning, rumah biru.

Dalam benak sanubari masing-masing nak masuk rumah merah, abes kalau dah satu sekolah semua nak lepak kat rumah merah, rumah kuning, biru dengan hijau sapa pula yang nak join? Ahh, lantas gua berfikiran positif, "Kekuatan sebuah rumah sukan bukanlah terletak pada nama rumah, tapi pada wakilnya". Gua sahut cabaran. Gua azam dalam hati gua, gua sanggup beralah, gua nekad kalau gua masuk rumah mana-mana pon, gua akan cuba untuk rampas title johan tu dari rumah merah. Gua nekad nak ubah sejarah. Gua nak bagi semua orang sedar yang sejarah tak mungkin berulang! Letak la gua kat mana-mana rumah pon gua takda hal. Gua boleh hadap punya!

Tak lama nama gua pon naik, "Loc,rumah kamu rumah HIJAU!". Gua merasakan tamparan hebat buat diri gua, Tuhan makbulkan hajat gua. Terus gua dengar suara-suara sumbang dari sekeliling gua, "hahaha..kalah la ko", "yerrkk..rumah hijau..". Tapi ada juga diselit dengan kata-kata semangat dari kawan yang seangkatan rumah dengan gua. "eeii..same la RUMAH kite." Tapi kata-kata semangat tu terus buat gua punya moral down sikit bila gua tau yang kebanyakan rakan serumah gua dalam kelas ni jenis yang berport folio seperti; pesen pegi balik sekolah makbapak yang anta sampai depan kelas, pegi sekolah pakai bedak tebal-tebal macam Ahmad Nisfu, muka-muka yang tak melambangkan seorang budak sekolah yang metrosexual tapi lebih kepada homosexual dan bisexual juga. Jadi gua meletak harapan tinggi pada kawan-kawan gua dari kelas yang lain.

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Sukan sekolah diadakan lebih kurang seminggu sebelum acara kemuncak yang biasanya dibuat hari Sabtu. Kira sukan sekolah pon dah mula nak saing dengan sukan-sukan besar yang lain macam sukan komanwel, olimpik dan sukan sea.

Petang tu gua ada acara. Cikgu rumah yang pilih. Tapi acara yang gua masuk ni acara peringkat kecil-kecilan sesuai dengan usia semasa. Gua macam malas nak bagitau tapi takpelah, benda dah lepas buat apa gua nak simpan-simpan sangat. Acara ni digelar isi air dalam botol kaca. Dengar nama pon dah tau yang ni acara low profile. Tapi lu orang jangan silap. Botol kaca tu bukan kena isi air gune kepala paip mahupon getah paip. Tapi urusetia akan menyediakan beberapa bijik botol kicap kat padang dan ada sebaldi air yang ade span. Caranya, dengan meresapkan span tu dalam air kat baldi kendian perah masuk pelan-pelan dalam botol kicap. Teori cepat dan banyak digunapakai untuk  memilih pemenang. Jadi mana-mana rumah yang paling pantas dan mampu penuhkan paling banyak dalam botol dikira pemenang. Setiap rumah ade wakil seramai 5 orang.

Cikgu gua siap-siap bagi kami kata-kata semangat. "ingat, kalau kamu boleh menang acara ni, standing rumah kita boleh naik!". Gua terus usha kat bendera yang diikat pada satu tali. Gua nampak bendera rumah gua duduk kat bawah sikit. Tak perlu bagitau niombor berapa. Bendera yang duduk kat atas sekali dah kompom-kompom la bendera rumah klasemen. Gua terus pasang niat yang gua akan bertanding habis-habisan. "berjuanglah hingga titisan air yang terakhir.", kata-kata tu gua semat kemas dalam hati gua!

Acara pon bermula. Budak-budak semua pakat bersorak untuk menaikkan lagi syeh kepada peserta. Gua tengok da macam-macam pesen sorak yang keluar, dah macam final 'chempion league' pon ade. Mujurlah pada ketika itu fahaman 'ultras' ataupun 'hooligan' masih belum meresap ke dalam jiwa warga sekolah gua. Tapi tiap rumah memang dah ade 'chants' masing-masing dan gua dapat rasakan semangat kesukanan gua makin kuat. Bila peserta dah tinggal beberapa orang je lagi untuk tamatkan game, gua tengok sang-sang penyorak semakin menggila dan bertukar menjadi agresif. Unit pasukan simpanan sekolah terpaksa dibawa keluar untuk mengawal keadaan di kawasan padang. Jika tidak, mungkin saja mereka boleh merempuh masuk ke dalam padang dan merosakkan majlis seterusnya imej sekolah pasti tercalar dan mungkin akan dimuatkan dalam Sinar Hari-hari.Mujur juga,pada ketika itu, Sinar Hari-hari masih belum wujud.

Kelajuan jantung gua berada pada skala 1:150 yang mampu mengepam darah dari jantung melalui arteri ke otak pada tahap kelajuan 180 mph. Dah boleh saing dengan 'evo' siap mody. Kata-kata cikgu gua ligat bermain dalam ingatan gua.  Gambar bendera, wajah-wajah suci tukang sorak, air, botol kicap, span cuci pinggan, malah basikal chooper gua pon sesekali datang menerajah ke dalam kepala gua. Gua da mula resah. Tambah pula gua merupakan peserta yang paling last sekali. "The last man standing is the HERO!". So gua yang menentukan masa depan rumah gua kali ni. Gua kawal semua keadaan yang menyerabutkan fikiran gua dengan cara membanyakkan istighfar dan juga dengan membaca sifir-sifir 1-15!

Sampai je giliran gua, gua lari sepantas kilat menuju ke arah baldi yang sekelilingnya dipenuhi botol kaca yang sudah berisi air, aura kemenangan kian terasa. Gua dah nampak yang tugas gua cuma tinggal penuhkan separuh botol sahaja lagi. "Kacang!"desus hati gua. Dan akhirnya............

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

"sohsehsohseh..Semalam, budak tu boleh terjatuh pulak masa dia nak ambik air nak masukkan dalam botol. Kesian betul..."

"Yela, rumput tu dah licin agaknye, kan air tumpah-tumpah.."

"Iyela kot,terus jatuh no.4 rumah tu.."

Telinga gua berdesing. 2 orang cikgu tanpa segan silu mengumpat rumah gua dan mangsa umpatan tu tanpa disedari mereka berada di dalam kelas di sebelah tingkap tempat 2 orang guru  tadi sedang mengumpat. Gua tak sampai hati nak carut mengenangkan mereka merupakan cikgu. Nanti kang gua takot tak berkat pulak ilmu gua. Dah la bikin rumah gua jadi loser,kang dapat nombor corot pula time exam. Gua taknak jadi loser kuasa dua. 

Jiwa muda gua ranap, remuk, berkecai bila gua pandang bendera Hijau sedang berkibar megah di kedudukan bawah sekali. Sebelum kejadian petang semalam, bendera rumah gua senang lenang lepak kat bawah bendera sang chempion. Mujurlah warga sekolah ni dah diterapkan dengan nilai keharmonian iaitu mudah memaafkan kesilapan orang lain. Kalau perangai masing-masing macam rakyat Togo, Cuba, gua tak tau lah samada gua masih boleh cerita ke tak kat lu orang pasal adegan ni.

Gua akui kesilapan dan sikap terburu-buru gua masa tu. Hal ni berlaku bila gua dapat merasakan yang air bio-aura gua dah tak boleh ditampung lagi. Pundi kencing gua buat hal pada ketika saat gua membuat larian ke arah baldi. Dalam keadaan terkocoh kacah, gua bersepah betul-betul kat depan baldi. Habis semua bersepah. Semuanya hancur lebur dalam sekelip mata. Suasana sunyi serta merta. Setiap pasang mata semua tumpu kat gua. Ade jugak yang dah terbarai berkekek-kekek gelak atas padang. Gua bangun selambe badak sambil berteriak kat semua, "Padang licin lah, air tumpah. Terang-terang bukan salah gua!" lantas gua blah menerpa ke toilet melunaskan hajat. Dalam hati,"mujur gua tak terkucil dalam seluar tadi".

Kehkehkeh..

Wednesday, March 9, 2011

Minggu 3-1


Liverpool 3-1 Man United

Chelsea 3-1 Blackpool

Barca 3-1 Arsenal

hatrik untuk 3-1!

Sunday, March 6, 2011

Devil may cry...

Gigit jari!itulah kata-kata hikmat paling sempurna buat semua "gloryhunters".malas nak cakap banyak.usha je gambar kat bawah ni.

credit to sesawang epl

van der sar : hoi budak itam!clear la cepat bola tu sebelum aku clearkan scrotum kau!kunyit da standalone tu!
evra : memang takde la ni.memang gol la jawabnye.(pasrah)
suarez : ko jangan tuju muke aku da la sake!pecah muke aku pecah jubor hang!
kuyt : kot ya pon hang tepi la sikit aku da tenang mane angel nak bg ni!kena nasib aku tak tau naa..

dan selepas 90 minit..

Ayam YNWA 3-1 Mengyu


credit to sesawang epl
"kuyt : yeah memang game gua pegang malam ni!"


tak dan diorang nak celeb aku da blah dulu sebab mengenangkan esok aku perlu menjalankan tugas.tak lame henpon aku bunyi.tertera name SAF a.k.a fergie kt lcd 3310 aku.

SAF : hoi lu dah balik ke is.
aku : aah,apesal?lu nak tumpang ke?
SAF : takdelah.gua pon da ciao dah.kenny sial tu ajak pegi ngeteh dulu td.tp gua malas la.mulot gua dah sakit kunyah chewing gum banyak sangat td.abis 1 katon gua kunyah,pon tak bole nak menang gak.kalau lepak kompom kena hanjing punye gua dgn die kang!da la lu pon da balik.
aku : hahaha..sok keje la baii..eh,ape cert ni bro..takkan ayam pon lu takleh makan?
SAF : biasa la.politik!
aku : oke la gua nak drive ni,handsfree lupe bawak la.sok gua halo lu.kite sembang lame sikit!
SAF : ok cun!

selesai..