Tuesday, March 13, 2012

Perihal Anak-anak Pasca Modernisasi

apa pasal aku tengok budak-budak sekolah sekarang makin ramai yang kurang berkualiti? kat mana silap benda ni sebenarnya, sama ada...

Guru sekolah yang tak berkualiti.
1.cikgu-cikgu sekarang dah hilang kuasa. budak sekarang pesen tak boleh kena tegur, kena cuit lagi lah tak boleh. pesen budak manja, nanti besok mak bapak datang sekolah pergi serang balik cikgu yang pukul anak diorang, sound anak. paling tidak pun kereta cikgu calar-balar, cermin kena pecah. paling bangsat sekali cikgu balik kena sound, kena pukul dengan budak.
2.cikgu-cikgu yang sekarang ni jadi cikgu bukan niat asal memang nak jadi cikgu tapi sebab takde pilihan kerja lain selain jadi kerani cabuk, minah kilang ataupun mamat jaga cashier 7e, nak atas sikit cashier jusco takpun manager KFC. baik jadi cikgu, abis degree masuk KPLI lepas tu apply jadi cikgu. dalam bilik guru boleh niaga macam-macam untuk tambah income. jual detox, mona vie, penapis air, susu hi-goat, krim cuci muka dan bla bla bla..

atau

Mak bapak yang tak berkualiti.
1.yang mana datang dari golongan bawahan, mak bapak kerja siang malam. duduk kat bandar, kos sara hidup tinggi, duduk flat, anak ramai. mak bapak pergi kerja, anak keluar pergi sekolah. balik kerja malam anak dah tidur. masa untuk anak-anak takda. anak akses internet 24jam takdehal. konon cari bahan rujukan. padahal tengah download porn, masuk dalam henpon besok tunjuk kat awek sekolah, projek dalam tandas, kena tangkap dengan cikgu takpun selang 9 bulan masuk paper budak sekolah buang anak tepi longkang.
2.yang mana dari golongan atas,borjuis, bapak tahap dato'-datuk, sibuk pergi meeting siang malam lepak dangdut jumpa client. yang mak datin pulak siang sibuk berpersatuan malam jadi cougar sebab dato'-datuk dah tak sempat nak layan mak datin. jumpa anak seminggu sekali  pun sebab nak bagi duit belanja. dekat sekolah anak jadi taiko sebab banyak duit. buat anak orang mengandung bila dah dekat SPM lepas tu mak bapak hantar anak pergi oversea.

atau

Kerajaan yang tak berkualiti.
1.nah, amik baucar ni RM200 pergi beli buku. mana yang kecik lagi amik ni RM100 pergi la buat beli asikrim takpun pergi cyber cafe main game yer. dah jangan mintak-mintak lagi tau.

atau 

Budak-budak tu yang saja tak nak jadi budak berkualiti.
1.kita remaja, kita belia, kita harapan negara, kita dah besar, dah boleh melancap, dah boleh main peluk-peluk, tindih-tindih macam dalam video. mak bapak kita sibuk mana nak kisah pasal kita, cikgu kita sibuk nak urusniaga, lawan je cikgu-cikgu ni, mana berani diorang nak pukul kita. jangan risau bapak kita kan kuat, power! lagipun kerajaan dah bagi kita duit kan, boleh buat beli buku manual pengguna, permata yang hilang bla bla bla, ni tengok dia bagi duit suruh buat beli kondom, gerenti tak mengandung punya!

Aku tak kata keseluruhan, tapi cuma sebilangan. Ya, sebilangan itu yang boleh menjadikannya keseluruhan.
Mohon renungkan bersama.

Wednesday, March 7, 2012

Sesi 'Pillow Talk" bersama Capang

Malam tadi gua telah mengadakan sesi 'pillow talk' bersama Capang. Capang ni teman serumah serta sebilik dengan gua. Pillow talk sebelum tido baru la nampak macam gay dan makwe-makwe kan.

Pompang pungpang kami membincangkan hal-hal berkaitan ekonomi, masa depan, sesi tarbiyah hati, artis skandal player bolasepak, mimpi basah bla bla bla..

Hasilnya pagi tadi gua sembahyang subuh pukul 7.30. Capang punya telinga harap je besar tapi alarm berbunyi satu pun tak guna.

Gua ingat malam ni nak try letak timun dulu kat muka sambil tepek bedak sejuk, lepas tu try pillow talk sekali lagi tengok macam mana. Hik Hik Hik..

Tuesday, March 6, 2012

(Gua) Seorang yang Budiman

Makwe sweet tengah berkira-kira nak renew roadtax sama insurans kereta dia. Ini kali pertama insurans kereta mati dan tengah terkial-kial nak tau macam mana cara nak renew. Beliau juga nekad untuk me'renew' secara atas talian atas sebab berpegang teguh dengan konsep dunia di hujung jari.

Gua sebagai lelaki yang budiman hanya mampu memberi nasihat dan juga manual pengguna untuk renew insurans atas talian. Ye, itu je yang gua mampu buat masa sekarang. Nak tolong bayarkan memang tak mampu tambah-tambah pulak makwe gua tu memacu sebuah kereta jenama mitsubishi buatan tangan orang Malaysia.

Pesan gua mudah. Pergi cari balik cover note yang dulu untuk rujukan serta memudahkan kerja. Dua tiga kali juga gua ketengahkan isu berkaitan cover note dan apa itu cover note sebab tengok gaya beliau masih samar tentang apa itu cover note.

Dan pagi tadi, beliau claim yang beliau dah berjaya jumpa dengan cover note dan hasilnya ini yang gua dapat melalui bbm gua :-


Ya, gambar ini dan kemudian disusuli dialog berikut,

"ni kan cover note yang lu kecah-kecahkan tu?"

Gua mengucap panjang. Lepas tu gua terus amik air semayang, buat semayang dhuha 2 rakaat. 

Selaku seorang lelaki budiman gua takkan sama sekali cuba untuk menyalahkan makwe gua. Gua kaji sedalamnya kat mana silap benda ni. Dan gua pasti kesilapan ni datangnya datang dari sikap kerajaan terutamanya kementerian pengangkutan. 

Sepatutnya diorang 'up' satu silibus berkaitan insurans dan roadtax masa kat sekolah memandu dulu. Takkan benda macam ni pun gua nak kena gua usulkan. Penat je gua bayar cukai jalan tiap-tiap tahun nak bagi anak bini lu makan. Ke diorang ni banyak sangat makan duit haram.Chait!

p/s : Buat mereka yang tak tau ape benda cover note, boleh rujuk ke pakcik google.
p/s II : Benda macam ni pun kadang-kadang bukan semua orang tau. Gua ada member, dia dokter dan dia penah cakap kat gua yang dia tak tau nak tukar password kat fesbuk. Kodi.

"Seringgit je Pun Takkan Nak Berkira Kot!"

Gua pasti dalam dunia ni takde seorang umat pun yang tak nak jadi kaya. Tak kira la kaya dari aspek apa sekalipun. Dan gua juga tak pernah terkecuali untuk turut sama menjadi kaya terutama kaya dari segi wang ringgit. Peduli apa gua lu orang nak label gua kapitalis pun.

Tapi gua tau takda cara mudah untuk jadi kaya dalam sekelip mata hatta dalam masa sesaat sekalipun. Hal ini gua nampak bila mamat-mamat dan jugak minah-minah MLM masih lagi sibuk mencari downline walaupun diorang claim yang diorang sebenarnya dah pun berjaya. Alasan mencari downline yang ramai lagi yang kononnya nak tolong sesama bangsa adalah alasan paling bangsat sebenarnya. Padahal sendiri tak nak mengaku dah kena kencing masuk bisnes bukan-bukan hala. Kahkahkah..

Baiklah, kembali kita ke topik utama dan lupakan pasal MLM sebab gua bukan nak cerita pasal MLM kat tulisan kali ni. Sebenarnya gua pernah terfikir untuk menulis buku '100 Cara untuk Menjadi Kaya' tapi sebabkan pengalaman gua tak cukup banyak jadi gua rasa adalah baik untuk gua ringankan tajuk buku tu kepada '10 Cara untuk Kelihatan Senang'. Nah, tengok pada tajuknya pun dah rasa senang bukan.

Jadi sebelum gua mula berkira-kira untuk menerbitkan buku, adalah lebih baik kiranya gua menimba pengalaman dengan mempraktikkan dulu beberapa cara tersebut agar ianya takdelah kelihatan haprak dan bangsat kalau tak menjadi. Konsep gua yang pertama gua namakan, "Seringgit je Pun Takkan Nak Berkira Kot!". Sila nikmati langkah-langkah di bawah :-

1. Tak silap gua kat Malaysia ni ada lebih kurang 30 juta penduduk. 
2. Gua tak mintak banyak la, kalau ada sejuta dua penduduk kat bumi bertuah ni baik hati nak sedekah ke gua seringgit sekurang-kurangnya. Gua dah boleh dapat dalam RM1 juta.
3.  Tak menjadi masalah pun kalau ada yang nak sedekah lebih dari RM1 tadi. Misalnya RM5, RM10, RM50 atau pun lagi besar, lagi banyak, lagi bagus.
4. Jangan gusar wahai saudara/ri, duit yang kalian sedekahkan tadi bukanlah bertujuan untuk gua bolot habis sorang-sorang atau istilah rempitnya 'makan sorang'.
5. Hasil dari wang sedekah tadi sebahagian akan gua salurkan ke tabung amal, buat wakaf misalnya atau sumbangkan ke rumah anak yatim serta rumah kebajikan.
6. Jadi kat sini je kalau lu orang nampak la kan. Lu orang dah dapat pahala dunia dan akhirat.
7. Oleh yang demikian siapa-siapa yang rasa bersetuju boleh lah emel gua di m_fais89@yahoo.com untuk gua forwardkan no.akaun bank gua.
8. Mudah bukan cara ni, tak perlu sibuk cari downline. Hah! sekarang apa tunggu lagi, cepat-cepat la emel gua dan gua akan bagi lu orang no.akaun. 
9. Lepas tu lu orang boleh berkejar ke mana-mana deposit machine atau terus log masuk ke online banking.
10. Akhir kata gua mengucapkan bukan setakat ribuan, bahkan jutaan terima kasih kepada kalian yang sudi menderma dan bersedakah demi kebaikan dan kesejahteraan bersama. "Seringgit je Pun Takkan Nak Berkira Kot!"

Kalau benda ni menjadi gua yakin yang gua bukan sahaja senang malah mungkin berpeluang untuk meletakkan potret gua di media arus perdana. Yang penting kalian berpegang pada prinsip utama iaitu "senang dunia dan akhirat".Kehkehkeh..