Thursday, March 10, 2011

Rumah Sukan

0710 hrs.
Dengan lafaz bismillah, gua pulas kunci untuk menghidupkan enjin kereta. Lepas tu gua biar kereta gua 'warm-up' lebih kurang sebelum memulakan tugasnya. Gua tekan-tekan channel radio dan singgah di salah sebuah sykt. penyiaran swasta. Gua dengar sejenak "ahh,takde unsur politik, boleh layan ni". Gua dapat tangkap dari apa yang mereka bincangkan pagi tu adalah pasal sukan masa zaman sekolah dulu. Terus gua terimbau kenangan lalu. Sambil gua bersandar pada 'seat' kereta gua sandarkan sekali pada kenangan lama gua masa sekolah.

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Pertengahan penggal ke-2, 1998.
"Mulai esok, sekolah kita akan mengadakan acara sukan tahunan seperti yang sebelumnya. Jadi sila dapatkan maklumat rumah sukan kamu pada guru kelas masing-masing." Suara cikgu sukan menerobos masuk ke telinga setiap murid masa perhimpunan mingguan.

Esoknya, bila guru kelas gua masuk, kawan-kawan sekelas gua dah mula sibuk-sibuk tanya cikgu pasal rumah sukan. "Tak boleh jadi ni". getus gua. Gua capap sekali. Kalau lu orang nak tau kat sekolah gua tu yang namanya Sekolah Kebangsaan Seri Makmur, rumah sukan yang paling feymes rumah merah. Dengar nama pon dah dapat agak yang rumah merah tu memang chempien, klasemen, pegang title johan tiap tahun. Manakala rumah paling busuk dan hampeh tahap cikai rumah hijau. Yang pegang title no.2 dengan no.3 kalau tak rumah kuning, rumah biru.

Dalam benak sanubari masing-masing nak masuk rumah merah, abes kalau dah satu sekolah semua nak lepak kat rumah merah, rumah kuning, biru dengan hijau sapa pula yang nak join? Ahh, lantas gua berfikiran positif, "Kekuatan sebuah rumah sukan bukanlah terletak pada nama rumah, tapi pada wakilnya". Gua sahut cabaran. Gua azam dalam hati gua, gua sanggup beralah, gua nekad kalau gua masuk rumah mana-mana pon, gua akan cuba untuk rampas title johan tu dari rumah merah. Gua nekad nak ubah sejarah. Gua nak bagi semua orang sedar yang sejarah tak mungkin berulang! Letak la gua kat mana-mana rumah pon gua takda hal. Gua boleh hadap punya!

Tak lama nama gua pon naik, "Loc,rumah kamu rumah HIJAU!". Gua merasakan tamparan hebat buat diri gua, Tuhan makbulkan hajat gua. Terus gua dengar suara-suara sumbang dari sekeliling gua, "hahaha..kalah la ko", "yerrkk..rumah hijau..". Tapi ada juga diselit dengan kata-kata semangat dari kawan yang seangkatan rumah dengan gua. "eeii..same la RUMAH kite." Tapi kata-kata semangat tu terus buat gua punya moral down sikit bila gua tau yang kebanyakan rakan serumah gua dalam kelas ni jenis yang berport folio seperti; pesen pegi balik sekolah makbapak yang anta sampai depan kelas, pegi sekolah pakai bedak tebal-tebal macam Ahmad Nisfu, muka-muka yang tak melambangkan seorang budak sekolah yang metrosexual tapi lebih kepada homosexual dan bisexual juga. Jadi gua meletak harapan tinggi pada kawan-kawan gua dari kelas yang lain.

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Sukan sekolah diadakan lebih kurang seminggu sebelum acara kemuncak yang biasanya dibuat hari Sabtu. Kira sukan sekolah pon dah mula nak saing dengan sukan-sukan besar yang lain macam sukan komanwel, olimpik dan sukan sea.

Petang tu gua ada acara. Cikgu rumah yang pilih. Tapi acara yang gua masuk ni acara peringkat kecil-kecilan sesuai dengan usia semasa. Gua macam malas nak bagitau tapi takpelah, benda dah lepas buat apa gua nak simpan-simpan sangat. Acara ni digelar isi air dalam botol kaca. Dengar nama pon dah tau yang ni acara low profile. Tapi lu orang jangan silap. Botol kaca tu bukan kena isi air gune kepala paip mahupon getah paip. Tapi urusetia akan menyediakan beberapa bijik botol kicap kat padang dan ada sebaldi air yang ade span. Caranya, dengan meresapkan span tu dalam air kat baldi kendian perah masuk pelan-pelan dalam botol kicap. Teori cepat dan banyak digunapakai untuk  memilih pemenang. Jadi mana-mana rumah yang paling pantas dan mampu penuhkan paling banyak dalam botol dikira pemenang. Setiap rumah ade wakil seramai 5 orang.

Cikgu gua siap-siap bagi kami kata-kata semangat. "ingat, kalau kamu boleh menang acara ni, standing rumah kita boleh naik!". Gua terus usha kat bendera yang diikat pada satu tali. Gua nampak bendera rumah gua duduk kat bawah sikit. Tak perlu bagitau niombor berapa. Bendera yang duduk kat atas sekali dah kompom-kompom la bendera rumah klasemen. Gua terus pasang niat yang gua akan bertanding habis-habisan. "berjuanglah hingga titisan air yang terakhir.", kata-kata tu gua semat kemas dalam hati gua!

Acara pon bermula. Budak-budak semua pakat bersorak untuk menaikkan lagi syeh kepada peserta. Gua tengok da macam-macam pesen sorak yang keluar, dah macam final 'chempion league' pon ade. Mujurlah pada ketika itu fahaman 'ultras' ataupun 'hooligan' masih belum meresap ke dalam jiwa warga sekolah gua. Tapi tiap rumah memang dah ade 'chants' masing-masing dan gua dapat rasakan semangat kesukanan gua makin kuat. Bila peserta dah tinggal beberapa orang je lagi untuk tamatkan game, gua tengok sang-sang penyorak semakin menggila dan bertukar menjadi agresif. Unit pasukan simpanan sekolah terpaksa dibawa keluar untuk mengawal keadaan di kawasan padang. Jika tidak, mungkin saja mereka boleh merempuh masuk ke dalam padang dan merosakkan majlis seterusnya imej sekolah pasti tercalar dan mungkin akan dimuatkan dalam Sinar Hari-hari.Mujur juga,pada ketika itu, Sinar Hari-hari masih belum wujud.

Kelajuan jantung gua berada pada skala 1:150 yang mampu mengepam darah dari jantung melalui arteri ke otak pada tahap kelajuan 180 mph. Dah boleh saing dengan 'evo' siap mody. Kata-kata cikgu gua ligat bermain dalam ingatan gua.  Gambar bendera, wajah-wajah suci tukang sorak, air, botol kicap, span cuci pinggan, malah basikal chooper gua pon sesekali datang menerajah ke dalam kepala gua. Gua da mula resah. Tambah pula gua merupakan peserta yang paling last sekali. "The last man standing is the HERO!". So gua yang menentukan masa depan rumah gua kali ni. Gua kawal semua keadaan yang menyerabutkan fikiran gua dengan cara membanyakkan istighfar dan juga dengan membaca sifir-sifir 1-15!

Sampai je giliran gua, gua lari sepantas kilat menuju ke arah baldi yang sekelilingnya dipenuhi botol kaca yang sudah berisi air, aura kemenangan kian terasa. Gua dah nampak yang tugas gua cuma tinggal penuhkan separuh botol sahaja lagi. "Kacang!"desus hati gua. Dan akhirnya............

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

"sohsehsohseh..Semalam, budak tu boleh terjatuh pulak masa dia nak ambik air nak masukkan dalam botol. Kesian betul..."

"Yela, rumput tu dah licin agaknye, kan air tumpah-tumpah.."

"Iyela kot,terus jatuh no.4 rumah tu.."

Telinga gua berdesing. 2 orang cikgu tanpa segan silu mengumpat rumah gua dan mangsa umpatan tu tanpa disedari mereka berada di dalam kelas di sebelah tingkap tempat 2 orang guru  tadi sedang mengumpat. Gua tak sampai hati nak carut mengenangkan mereka merupakan cikgu. Nanti kang gua takot tak berkat pulak ilmu gua. Dah la bikin rumah gua jadi loser,kang dapat nombor corot pula time exam. Gua taknak jadi loser kuasa dua. 

Jiwa muda gua ranap, remuk, berkecai bila gua pandang bendera Hijau sedang berkibar megah di kedudukan bawah sekali. Sebelum kejadian petang semalam, bendera rumah gua senang lenang lepak kat bawah bendera sang chempion. Mujurlah warga sekolah ni dah diterapkan dengan nilai keharmonian iaitu mudah memaafkan kesilapan orang lain. Kalau perangai masing-masing macam rakyat Togo, Cuba, gua tak tau lah samada gua masih boleh cerita ke tak kat lu orang pasal adegan ni.

Gua akui kesilapan dan sikap terburu-buru gua masa tu. Hal ni berlaku bila gua dapat merasakan yang air bio-aura gua dah tak boleh ditampung lagi. Pundi kencing gua buat hal pada ketika saat gua membuat larian ke arah baldi. Dalam keadaan terkocoh kacah, gua bersepah betul-betul kat depan baldi. Habis semua bersepah. Semuanya hancur lebur dalam sekelip mata. Suasana sunyi serta merta. Setiap pasang mata semua tumpu kat gua. Ade jugak yang dah terbarai berkekek-kekek gelak atas padang. Gua bangun selambe badak sambil berteriak kat semua, "Padang licin lah, air tumpah. Terang-terang bukan salah gua!" lantas gua blah menerpa ke toilet melunaskan hajat. Dalam hati,"mujur gua tak terkucil dalam seluar tadi".

Kehkehkeh..

4 comments:

juney said...

bahahak!! adooii~ ciom rumput der..
;DDD hahahk!!

Faes Redzuan said...

aku rela cium rumput dari kena cium ngn gadis-gadis sunti sekolah yg belum akil baligh klu aku jadi hero mase tu.aku tau ade hikmah di sebalik kejadian ni.

faiz said...

asl ko tk ltak gmbr ko msa kecik'' leh ak gelak kaw2,, hahahahha

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

dulu gua selalu dapat rumah hijau