Thursday, December 27, 2012

Seni Silat Level Dewa

suatu hari dekat tempat parking motorsikal, gua ada sembang dengan sorang brader merangkap pilot dekat ofis tempat gua mencari rezeki.

"bang, dulu pernah belajar silat tak?" tanya gua,

brader tu jawab selambe,

"ada, dulu saya pernah belajar silat. tapi silat gayung jela."

"silat la jugak tu.. sampai jurus berapa bang?" tanya gua lagi minat nak dengar.

"alah..tak masuk jurus pun lagi.baru bab yang mula-mula.sekejap je aku belajar."

"macam tu pulak,apesal tak sampai habis?tok guru meninggal ke?"

"takde lah,tok guru tu yang mengajar silat tu ajar kitorang skill sepak-tendang. kena letak kapur atas tunggul, lepas tu sorang-sorang sepak kapur tu."

"sudahnye apa?" blas gua tak sabar.

brader tu tarik nafas dalam-dalam,lepas tu slow dia balas soklan gua tadi,

"sampai turn saya, saya tak sepak kapur,sepak tunggul.langsung balik rumah tak datang balik dah. naik sompek kuku kaki dibuatnya.sakit tak payah cerita la. amacam bro, hebat tak?"

melopong gua dibuatnya sambil dalam hati gua pikir power betul jurus brader ni.tak habis belajar lagi dah macam ni punya power.

gua harap gua tak teringat benda ni masa tengah sembahyang.pasalnya bila gua ingat susah jugak rasa nak berhenti gelak.

Wednesday, December 12, 2012

Keramat

01.01.01
02.02.02
03.03.03
04.04.04
05.05.05
06.06.06
07.07.07
08.08.08
09.09.09
10.10.10
11.11.11
12.12.12
......
....
...
..
.

berbanggalah kerana generasi kita dapat melalui detik-detik macam ni. hatta ianya cuma nombor.

kurang-kurang esok lusa boleh jugak buat modal nyembang dengan anak cucu. bila ada yang bertanya apa yang aku buat masa ni, boleh jugak aku jawap selambe,

"atuk tulis blog."

kehkehkeh..

Tuesday, December 11, 2012

Siri Kuliyyah Subuh

Aku kalau ada orang tanya "apa harapan kau bila kau bangun pagi-pagi?"

Harapan aku,

Semoga kawan-kawan aku yang rasa diri dia Islam tu bangun sama macam aku, pegi bilik air, basuh muka, tangan, kepala, kaki, niat jangan lupa.

Lepas tu bentang sejadah, kejut bini, kejut anak, kejut mak, kejut ayah, adik, kakak, abang, yang mana ada makwe/pakwe, kejut sama. kalau tak mampu nak sembahyang ramai-ramai, sembahyang sendiri-sendiri pun takpa.

Sebab bagi aku, bangun subuh tu jihad pertama yang korang akan buat untuk menegakkan agama. kalau yang ini, benda yang wajib, yang asas ni pun fail, nak jihad menentang ape benda?

*saling mengingat bab-bab agama ni tak payah tunggu jadi baik. asal tak menyimpang bukan-bukan hala rasanya tak jadi dosa.

** Daulat Tuanku! Dirgahayu pelindung agama. 11/12/12.