Saturday, September 18, 2010

Harta Pusaka II


Malam semalam gua telah dimimpikan oleh satu mimpi yang gua belum pernah mimpi lagi sebelum ni. Bukan mimpi hantu niyang rapik, bukan juga mimpi pasal  login dapat duit, mimpi bersenggama dengan Rozita Che Endut sampai gua inzal 2 kali dalam 20 minit pun tidak juga jauh sekali nak dapat mimpi jadi player EPL. Heh,usah mimpila!

Tapi gua telah dimimpikan oleh satu suara yang datang dalam mimpi gua. Gua syak suara tu suara rakyat Malaysia sebab beliau fasih berbahasa Melayu. Suara dalam mimpi tu pula ada seakan suara Lisa Surya Ori. Cuma sebutan "R" Lisa agak kantoi. Sayangnya wajah suara tersebut tak kelihatan. Kalau tak mesti gua syak yang dia adalah jodoh gua. Sebab 10 tahun lepas gua pernah buat solat sunat istikharah mintak tunjuk siapa gerangan jodoh gua.


Mungkin masa tu gua masih di ambang remaja. Tuhan masih belum berkehendak nak tunjuk siapa gerangannya. Rupanya semalam pun Tuhan masih belum nak tunjuk kat gua siapa jodoh gua.mungkin perlukan masa lagi agaknya. Gua ingat lagi masa mimpi malam pertama pun gua tak dapat cam siapa pasangan senggama gua. Yang gua tau bila gua sedar,gua basah.


Mimpi tersebut mengatakan yang gua telah mewarisi sebuah blog warisan keluarga gua. Mula-mula gua sangsi. Rupanya segala konspirasi ini telah dirancang. Gua ditakdirkan untuk mewarisi blog pusaka ni pada usia gua genap 21 tahun. Cilake apa usia gua macam ni kena warisi blog. Orang lain warisi harta, tanah berekar-ekar, kereta mewah, paling tidak pun jadi waris saka nenek moyang. Setelah diperjelaskan serba sedikit pasal blog yang akan gua warisi, beliau memberikan gua username dan password untuk gua login dan gua boleh mula menulis apa sahaja yang gua inginkan di blog tersebut. Gua blogger! Yeah, blogger!

Sekarang gua dah ada blog. Bermakna gua kena bergiat lebih aktif lepas ni. Masa gua yang ada selepas ni gua akan isi dengan menaip entry dalam ni. Maka lu orang tunggu dan waspada je sama gua punya entri.

Sekian intro dari gua.

p/s : selamat hari lahir buat gua!