Monday, February 27, 2012

Kosong

Selang beberapa purnama, akan wujud cadangan, cadangan dan candangan. 
Dan pada akhirnya yang tinggal hanyalah cadangan yang cuma dilontar lempar seperti buih dan gelembong angin. 

Kosong.

Hanya mampu mempamer diri melalui kata.
Kata kosong diri pesong.

Monday, February 13, 2012

Tatkala

Kepada cik saudari yang penuh tanda tanya dari sebelah sana. Ini jawapan atas kesangsian kamu.

tatkala aku memiliki dua henpon,
ianya hanyalah untuk urusan duniaku semata.
 
tatkala aku membuka akaun tweet,
ianya hanyalah untuk suka-suka sahaja.

tatkala aku memandang wanita lain,
ianya hanyalah untuk melihat indahnya ciptaan Allah Yang Maha Esa.

tatkala aku menyatakan bahawasanya diriku sedang sibuk,
ianya hanyalah disebabkan aku sedang melunaskan tugasan dunia.

tatkala aku sedang rancak ber'sms',
ianya hanyalah sms kabar dari bondaku yang istimewa.

tatkala aku menerima panggilan telefon,
ianya hanyalah panggilan dari pihak bank yang gila.

Sesungguhnya CINTA itu adalah anugerah yang istimewa.
Bukan untuk dipersia, bukan mudah untuk mendua, jauh sekali tiga, empat mahupun lima.
Melainkan mendapat restu dari yang pertama.
Kehkehkeh..

Salam 2-1

Salam sejahtera ke atas kalian. Ya, sekalian umat tidak kira yang hitam, putih, kuning langsat, cokelat emas hatta yang berkulit sawo matang sekalipun. Setelah berjuang lebih kurang 90 minit. Ta ta ta ta dan  ini dia hasilnya.


 Ini wajah pejuang keamanan manusia sejagat menentang ke'rasis'an.

Ini pula err..Liverpool lah kiranya kan?

Maka, bergembiralah kamu wahai sekalian umat manusia. Sementara itu, kempen 'Kick Football out of Liverpool' mula dicanang di serata tempat. Kahkahkah!

Thursday, February 2, 2012

Tuhan Dunia

Si kapitalis itu,

Cipta wang untuk manusia. Kelak, boleh bikin manusia binasa, wang itu punya kuasa. Sedang kapitalis itu riang tertawa. Melihat marhaen tarung nyawa, separuh gila, sembah wang, puja harta, lupa dosa, hidup noda. Wang tuhan dunia. Hasil karya si kapitalis itu.

Istinjak Minda

Kamu sang pemerintah;

Lengkap berbaju dari kepala sampai pusat.
Namun pada dasarnya, kau bertelanjang dari pinggang hingga ke tumit.

Sedang kami,
sang marhaen;

Leka melihat akan kesempurnaan di pucuk.
Walau akar terdedah malu, menegur tak mampu.

Wednesday, February 1, 2012

WW#1: 18PL

WW#1

Antara top rank koleksi gambar sexy dalam simpanan gua. Sila klik link untuk pencerahan.