Thursday, March 31, 2011

Perancangan Gua Hari Ini

Gua dapat rasakan sekarang yang gua semakin malas untuk memandu kereta dalam urusan pergi-pulang dari kerja. Jiwa gua dah macam tak boleh nak 'in' dengan sistem pemanduan dan peraturan jalan raya kat tanah Melayu ni. Belum lagi gua cerita pasal sikap segelintir pemandu Malaysia ni yang bawak kereta macam entah apa gua sampai tak reti nak labelkan.

Agak-agak lu orang kalau gua bawak keluar ringgit malaysia sepuloh billion dari gua punya akaun lepas tak nak buat tren, MRT, LRT or apa sahaja pengangkutan yang khas dari depan pintu masuk rumah gua direct sampai opis tempat gua kerja kat seksen 7 tu. Peh! Gila ape ade duit banyak tu buat sistem LRT, nak kena menten lagi tiap bulan, rosak nak repair lagi. Kalau dah rosak memang tenggiling besi tu juga gua angkut bawak pegi ofis sudahnya nanti. Itu belum campur bab cukai itu ini dari kerajaan. Kadang gua hairan kerajaan ni dengan talibarut dia sendiri pun nak berkira.

Karut! Ini karut. Bila gua kaji selidik balik adalah lebih baik gua beli BMW berseries-series, barang sebijik dia lepas tu cari driver yang expert bawak kereta mewah kemudian suruh dia anta-ambik gua kat opis. Cukup bulan gua bagi lu gaji 5k je. Cukup lah tu. Habis cerita..

Soal utama sekarang mana gua nak cari RM10b tu. Lu ade? Bagi gua 'advan' dulu. Nanti projek mega gua dah jalan, gua bayar la! Kehkehkeh..

Gua baru selesai kemas kini blog gua yang haprak ni. Kalau rasa nak tau sejarah blog gua ni lu orang boleh refer kat sini dan sini. Sekian.

2 comments:

juney said...

comment ini adalah kesinambungan tuk 3 entry lu yang berbaur keduitan : kayo qhupenya lu...padahal hulu' skit kat kengkawan.. bahhaaha ;DD (..chaiit! -.-" )

faes redzuan said...

cehh..kesinambungan yg tak tahan tu..