Friday, October 11, 2013

Ayuh Sampaikan Sepucuk Mesej Demi Sebuah Kesedaran


Kalau pun kau tak punya masa sekarang, kau datang lah sini balik bila kau lapang. Baca bagi faham. Agar kelak kau tak punya rasa sesal andai kecundang bersama takdir tuhan yang bakal datang..

Cerita kat bawah ni bukan saja buat buat. Memang real ni dari kawan aku sendiri. Kalau nak tau, baca. Nak lekas faham, baca kuat kuat baik dalam kelas, dalam tren, dalam soping mall, dalam public toilet. Ahh sukati korang lah.

“Asalamualaikum,

Kawan kawan, 

Saya doakan kawan kawan berada dalam keadaan sihat sejahtera dalam peliharaan Allah Azza Wajalla.

Tujuan saya memberi emel adalah hendak berkongsi pengalaman kelmarin semasa saya bersama rakan rakan Takaful memberi cek takaful kepada seorang waris.

Selama saya menjadi ejen Takaful ni, saya tidak dapat menggambarkan sejauh mana benarnya Takaful ini boleh membantu masyarakat. Bermula dengan kes kecil kecil kemasukan hospital, sehinggalah detik kelmarin, saya sangat faham dan percaya yang sememangnyalah Takaful yang ada pada tuan puan sekalian sangat bermakna dan InsyaAllah akan membantu di masa akan datang.

Sedikit cerita mengenai arwah,

Namanya Hazwan, pekerja Petronas di PMO Kerteh, arwah merupakan junior saya di UTP (tak sempat jumpa sebab saya dah graduate dia baru masuk). Beliau memiliki isteri yang sedang sarat mengandung. Pada bulan April yang lalu, sahabat saya yang juga ajen Takaful, Johari Julis telah bertemu arwah untuk membincangkan hal Takaful.

Alhamdulillah arwah bersetuju untuk contribute RM300/month (Meninggikan life RM200k + Eksidental Death RM200k dan selebihnya pada medikel kad).

Taqdir sudah tentukan segalanya, hanya 4 bulan selepas menyertai Takaful, saudara Hazwan dijemput bertemu Yang Esa dalam kemalangan ngeri ketika beliau memandu seorang diri dalam perjalanan ke tempat kerja.

Betapa tabah isterinya, sedang mengandung 6 bulan, juga bertugas sebagai Doktor di Hospital Terengganu, menerima berita tersedih sebegitu. Lebih memilukan, sang isteri turut menyertai pasukan bedah siasat terhadap mayat suaminya sendiri.

Coverage medikel syarikat juga terpaksa ditamatkan selang beberapa hari selepas kejadian, apa boleh buat kerana itu lah polisi syarikat yang beroperasi di negara mana pun.

Bulan depan, (november), puan Natasya akan melahirkan anak yang tidak sempat menatap wajah ayahnya, bayangkan sukarnya kehidupan si anak juga si ibu yang perlu menelusuri kehidupan seterusnya tanpa orang tersayang.

Semasa menyerahkan cek pampasan, kami tanya juga apa yang hendak dibuat dengan wang sebanyak itu? (RM400,000). Puan Natasya berniat nak serahkan semua wang berkenaan kepada ibu dan ayah arwah, kerana menurutnya, ibu dan ayah arwah lebih layak menerima wang pampasan tersebut untuk digunakan ke jalan yang sepatutnya. Syukur puan natasya memiliki kerjaya yang baik, keluarganya juga sederhana dan pada perkiraan saya, tanpa wang pampasan sekalipun, mereka masih mampu membesarkan anak/cucu yang bakal lahir.

Apa yang saya kira harus diberi perhatian adalah bentuk persediaan yang kita buat, dalam mempersiapkan ahli keluarga kita jika berlaku sesuatu ke atas diri kita, terutamanya suami kepada isteri, ayah dan ibu kepada anak anak, juga tidak ketinggalan..anak anak muda kepada ibu dan ayah yang sudah tua.

Saya kira, arwah Hazwan sudah menjalankan amanah dengan baik, justeru mempersiapkan sesuatu sebagai bekalan kepada isteri dan bakal anak yang akan lahir.

Saya juga ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada tuan puan, kerana telah membuat persediaan untuk diri sendiri dan keluarga. Alhamdulillah.”

Baiklah kawan kawan, sampai suatu masa nanti kita juga akan punya nasib sama seperti Arwah Hazwan. Yang beza hanyalah masa dan keadaan ketika itu. Sedar?

Kalau belum elok lah kalian baca balik apa yang aku cuba sampaikan. Tak perlulah aku perincikan setiap butir ayat yang ada kat atas. Yang membaca ini pun sudah tentu dari kalangan orang orang yang bijak pandai.

Jadi kalau sudah sedar elok lah cari aku lekas. Atau kalau pun bukan aku yang dipilih, carilah pada mana mana tempat atau barangsiapa sahaja yang menyediakan khidmat ketakafulan. Ambillah secebis polisi demi sebuah kehidupan.

Bertakafullah!



credit: abang pidomat sama jo julis

Thursday, June 6, 2013

Perihal Takaful II

Sebenarnya prinsip takaful ni bukan hanya jatuh pada lagak macam yang aku sembang kan tempoh hari.

Takaful ni pada asasnya nak meringankan beban orang yang ditimpa musibah.

Sebagai contoh Ali yang mengambil takaful dengan caruman Rm200 sebulan. Tiba-tiba lepas setahun Ali ni ditimpa sakit, dimasukkan ke hospital, disahkan menghidap sakit kronik, perlu menjalani pembedahan dan rawatan susulan.

Jadinya, yang Ali ni akan dapat bila sakit, masuk hospital private atau pakar yang memang power. Dapat doctor yang power, misi yang jaga pun power, makanan power, tahap keselesaan yang power dan serba serbi power. Bila dah serba serbi power ni bil dia tak usah kabor la macam mana. Tapi Ali nak risau apa, sebab bil yang power tu tadi dicover baik punya oleh medikel kad yang power.

Tang medikel kad power ni lah yang akan membiaya berbagai jenis bil dan rawatan untuk si Ali ni sepanjang dia dirawat dari tempoh dia ditahan kat ward, dijalankan pembedahan terhadapnya dan rawatan susulan terhadap diri beliau ni.

Lepas tu bila jadi sakit kronik ni Ali dapat lagi duit belanja/pampasan yang tertera dalam polisi. Ambil contoh Rm20k misalnya. Ya, Rm20k ni nampak macam tak berapa banyak sangat. Tapi, kalau kata Ali ni datang dari keluarga yang sedang2 income sebulan depa, tak ke sikit sebanyak boleh tolong keluarga Ali ni. Kira ada la jugak daripada tak dapat apa2. Kira ok la jugak baru bayar premium Rm150 sebulan selama setahun dah boleh dapat Rm20k.

Lepas tu pulak bila dah sakit macam ni. Takaful ni macam mana? Bulan2 sapa nak bayarkan lepas ni? Kerja dah takde, dah sakit dah tak dapat nak kerja. Ahh sudah.

Tenang, tenang..

Takaful Ali ni, biar prudential yang kasi setel! Ya, premium yang tadi kena bayar Rm200 bulan2 tu prudential yang bayar! Kalau dah ada anak bini yang ditaja sekali. Dengan anak bini dia sekali prudential kasi setel!

Hah, nak lagi?

Boleh bagi tarak hal, tu tadi yang cerita Ali duk dalam hospital (wad) sampai 2 minggu tu, ingat duduk saja ke kat situ. 1 malam duduk dah la free, makan free, misi pulak lawa. Dapat lagi elaun wad satu malam Rm200. Kalau duduk 10 malam? Hah kiralah sendiri. Kira, kira...

Ni belum masuk bab return investment cash lagi nih. Kahkahkah.

Sekarang korang bagitau. Tak cukup power lagi ke takaful ni?

Yang mana dah ada medical kad dari kompeni tu, jangan ncepat sangat berpuas hati. Medikel kad kompeni lu orang tu dah kira bonus, tapi saranan aku adalah lebih elok kiranya untuk kalian standby individual medikel kad. Misal kata kalau kena buang kerja ke, jadi apa2 ke, value dalam kad tu tak cukup nak kaver ke. Peace of mind bro!

Meminjam kata2 dari sahabat aku,

“Ahhhhhhh yang apa benda pun tak ada, aku cuma boleh kirimkan sekeping doa supaya kalian terpelihara dan tidak sombong dengan NikmatNya.”

Nah, sekarang siapa yang masih rasa hal takaful ni biasa-biasa, kalian teruskan menjalani kehidupan macam biasa. Siapa yang dalam diri dia dah mula ada bibit2 resah tu, dah boleh dah cuba2 contact aku.

Macam biasa lah. Emel/contact aku cepat2, kita set appointment cepat2 jugak.
faes.redzuan@gmail.com / 011-19997178 (FAIS)

Monday, June 3, 2013

Takaful dan Talipon Canggih

Sedarkah anda,

Orang kita mampu untuk tukar talipon canggih setiap hari/bulan/tahun tapi untuk mentakafulkan diri punya payah, punya pahit kata orang.

Talipon canggih sekarang ni dia punya harga tak kurang Rm2000. Ya, punya power dan kayanya sampai setahun sekali paling tidak boleh beli 1 telipon canggih. Jadi apa yang korang boleh dapat selain fungsi hanyalah kepuasan dan lagak serta gaya sebab anda adalah seorang pengguna telipon canggih yang terkini,power dan mantap.

Tapi apa jadi bila harini beli esok dah keluar yang baru? Takkan nak tukar lagi?

Tahukah kalian yang kos takaful individu setahun pun baru ada dalam Rm1800. Ya, Rm1800 yang macam tak nampak apa2 depan mata. Yang ada cuma sekeping kad sebesar ic dengan kertas2 yang penuh dengan terma2 blablabla itu ini.

Tapi, dengan Rm1800 yang dikeluarkan tu, anda ada duit untuk digunakan kalau kena sakit, masuk hospital, terjadi kemalangan, kematian, kecacatan dan blablabla. Nilainya tidaklah banyak, tidak pula sedikit. Lebih kurang dalam satu juta nilai dia. Ya, satu juta. Memang saja aku eja sebab kalau tulis pakai angka, panjang sangat kosong. Ahh satu juta, apa la sangat nilai dengan kalau nak dibandingkan dengan telipon dua ribu yang boleh buat modal mengorat dan bergaya.

Sabar tuan/puan. Satu juta yang aku cakap tadi dia punya lagak belum sampai. Lagak dan gaya dia akan sampai bila mana sakit yang datang tanpa dijemput tu hadir/meresap ke dalam tubuh badan kalian. Lagak tu akan sampai bila mana korang sakit, korang boleh check in dekat hospital private, dekat hospital yang nurse dia cantik2, makanan dia punya sedap, katil punya empuk, bilik punya wangi, selak langsir nampak klcc, tak sesak, selesa. Nampak, nampak betapa bergaya dan berlagaknya? Inilah baru dikatakan lagak dan gaya yang sesuai dan bertepatan dengan konsep. Lagak dan gaya untuk kesihatan. Kahkahkah.

Ahh ada pulak yang kata dah sakit buat apa nak selesa sangat. Tak penting semua tu asal ada doctor, misi yang jaga pun dah ok.

Baiklah tuan/puan, siapa sini yang rasa dia selesa,seronok bila mana bersesak2 dalam hospital biasa, yang kadang kala doctor kejap ada,kejap pergi,kejap handle patient tu, kejap kena pegi tengok patient ni.

Siapa yang rasa taknak keselesaan dan ketenangan bila dia sakit, sedara mara datang pun selesa nak melawat, bilik sendiri, ada tv, bilik air sendiri. Siapa? Aku rasa semua nak.

Perghh, ni baru cerita sikit pasal medikel kad, belum lagi sembang bab dapat duit puluh ribu kalau kena sakit, mati. Belum masuk bab investment yang syariah compliant lagi.

Argh. Aku tulis panjang2 pun bukan korang nak baca sangat. Korang lagi rela nak teliti spec handphone baru, bila handphone baru nak keluar, nak sampai ke Malaysia bila.
Terpulanglah, kalau korang rasa handphone tu lebih menggembirakan korang masa korang sakit, yang mampu untuk tolong korang bayar bil hospital. Teruskan lah. Aku takde la pulak nak halang korang beli handphone baru, tapi berpadalah. Kadang kala kita ni perlu jugak melihat ke hal lain dalam hidup kita ni.

Sakit, mati, eksiden dsb. ni adalah benda yang sukar untuk dijangka. Cepat2 lah bertakaful mana tahu lepas habis je baca artikel ni, korang rebah? Hah, pandai2 lah nak mintak tolong kat handphone tu.

Akhir kata dari aku,

"Apa barang pakai telipon mahal, baju mahal, seluar mahal, kasut mahal, kereta mahal tapi bila sakit...."

Ahh, malas lah aku nak kabor kat sini, korang pikir lah sendiri mana yang patut.

Nah, sekarang siapa yang bersetuju dengan hal ni, macam biasa lah. Emel/contact aku cepat2, kita set appointment cepat2 jugak.

faes.redzuan@gmail.com / 011-19997178 (FAIS)

Thursday, May 23, 2013

Ini Bukan Soal Wang Ringgit, Malah Lebih Dari Itu



Dalam konteks takaful ni, ia bukan hanya melibatkan wang ringgit tapi lebih lagi dari tu.

Kebanyakan orang kita sering menjauhkan diri dari takaful. Membuatkan takaful tu macam satu ancaman. Betul juga, mungkin akan rasa terancam sebab bila sampai masa dia kena keluar duit dari poket. Tambah lagi duit yang dikeluarkan tu tak menampakkan apa-apa hasil dalam tempoh terdekat.

Tapi sama juga halnya macam sakit atau mati. Kita pun tak nampak benda tu akan datang pada kita bila. Hasil/kesan dari sakit tu pun kita tak tahu. Boleh jadi kita sakit sampai tak mampu nak kerja, boleh jadi juga kita sakit tak bangun2. Mungkin sekarang, masa tengah baca benda ni kita masih lagi sihat. Tapi berapa ramai yang boleh jamin/yakin dalam masa setahun, dua tahun, lima tahun, atau mungkin 10 tahun dia sihat macam sekarang? Kalau ada, ilmu apa dia pakai tu mohon kongsi dengan aku. Berapa dia nak, aku bayar! Betul, aku tak tipu, aku bayar.

Baik, sekarang aku nak tanya berapa ramai yang rasa dia mampu untuk cover segala kos perubatan dirinya kalau terjadi/datangnya sakit yang mengancam. Tak payah pikir sampai bab kanser pun takpe. Katakan kau kena masalah kat jantung. Valve kau tersumbat. Kau pergi IJN buat checkup lepas tu doctor bagi keputusan itu ini dan kau kena operate itu ini. Dan kos dia bila kau dengar kau rasa bullshit. Bullshit la sebab kau takde saving yang sebanyak tu. Mana yang ada tu kire bagus la, kurang2 dapat jugak cover separuh takpun suku takpun kurang dari suku kos untuk operation tu. Tapi pulak, duit yang kau simpan tu nak buat belanja kahwin, atau dah cadang2 nak buat duit muka kereta takpun rumah semi-d mampu milik.

Baiklah, untuk memudah cara aku pindahkan situasi kat atas ni kepada dua individu, individu A aku bagi nama Ali. Dan individu B aku taruk nama Bakar.

Ali ni kerja dia bagus, level2 exec. Umur muda lagi, kita ambik contoh 28 tahun. Gaji dia boleh tahan sedap tapi bila sampai hujung minggu, jumpa makwe memang hangus poket. Bila dah habis enjoy ada balance sikit2 baru dia simpan. Katakanlah dia simpan RM200 sebulan. So, dalam 5 tahun dia ada saving lebih kurang dalam Rm15k. Nak dijadikan cerita, memang nak kena lah orang kata, dia dapat masalah jantung macam aku kata kat atas tadi. Kelentung kelentang, doctor mintak Rm40k untuk operate jantung dia. Mohon bincangkan mane Ali nak cekau lagi Rm25k. Itu baru kos operasi, belum cerita kos selepas operasi. Apa kau ingat lepas operate terus sihat macam 5 tahun sebelumnya?

Sekarang lupakan sekejap hal Ali. Kita pergi pada Bakar pulak.

Bakar ni katalah orang kerja kerajaan. Lvl2 biasa. Tak tinggi mana tak rendah mana. Gaji tak banyak tapi Bakar decide untuk bertakaful dengan nilai sebanyak RM150 sebulan. Umur Bakar ni baru cecah 27 tahun. Bakar ni nak kata selera tak tentu hala pun tak jugak. Tiap minggu kurang2 2 kali main futsal, hujung minggu siap pergi senam dekat padang. Tapi kalau dah orang kata nak kena, 2 tahun lepas tu Bakar ni dapat sakit sama macam Ali tadi. Doktor bilang perlu operate, kos pun lebih kurang Rm40k. Tanpa segan silu dan berfikiran serabut perihal kos dan segala macam benda lain Bakar bagi jawapan OK! 2 minggu kemudian Bakar pergi buat operation untuk jantung dia. Kena duduk dalam wad seminggu. Keluar wad seminggu dapat duit lebih kurang Rm1000 lagi sebab duduk dekat wad tadi. Lepas tu rawatan susulan pun dia buat tak ada masalah. Ahh cilakak Bakar mana datang duit banyak nak buat operation? Pinjam along ke? Tidak tuan-tuan dan puan-puan. Hanya dengan sekeping kad sahaja mampu mengubah segalanya.

Ya, sekeping kad yang amat bermakna dan bernilai. Nilainya yang mampu mencecah bukan sahaja ratusan ribu malahan boleh jadi sehingga jutaan ringgit. Power bukan? Kahkahkah!

Nah, sekarang kau orang pikir, siapa yang nak jadi macam Ali, siapa yang nak jadi macam Bakar. Siapa nak ikut Ali, hiduplah kalian seperti biasa. Mana yang nak ikut macam Bakar, atau dari macam Ali nak jadi macam Bakar, macam biasa lah. Mohon emel/contact aku cepat2.

faes.redzuan@gmail.com / 011-19997178 (FAIS)

Thursday, May 16, 2013

Pencerahan Medikel Kad

Sepanjang pengalaman gua menceburi bidang Takaful ini, perkara paling kerek dan berlagak yang selalu gua hadapi ialah bilamana orang yang gua jumpa mengatakan kepada gua,

"Rasanya..gua tak perlu Medikel Kad ni bro, Company gua dah cover solid satu keluarga.."

Ya..ya..gua tahu, memang kebanyakan syarikat swasta yang beroperasi di Malaysia ni sangat bermurah hati memberi perlindungan Medikel Kad kepada para pekerja mereka. Perlindungan ini ada pelbagai jenis dan peringkat. Ada yang peringkat perlindungannya setaraf tapak kaki, dan ada juga peringkat perlindungannya punyalah power sampai boleh dilihat seperti ingin mencabar perlindungan Tuhan.

Perlindungan medikel kad yang ditawarkan oleh pihak syarikat ini bergantung pada keupayaan dan reputasi syarikat itu sendiri. Kalau syarikat itu miskin, maka medikel kadnya akan diberi secara miskin, dan kalau syarikat itu kaya raya, maka medikel kadnya akan diberi secara kaya raya juga. Tapi, ada juga perangai syarikat kaya, tapi bagi medikel kad miskin. Kahkahkah!.

Ok, contoh medikel kad miskin:

- Nilainya dicatu. Mungkin Rm10K atau RM20K saja setahun untuk setiap keluarga.

Contoh medikel kad kaya:

- Nilainya tidak dicatu. Pakaila berapa ratus ribu pun setahun, syarikat tak ambil peduli.

Faham?

Kalau dah faham..sekarang gua akan ambil satu contoh, contohnya sekarang gua berhadapan dengan pemegang medikel kad dari syarikat yang kaya raya dan sangat power. Ayuh kita mulakan.

"Rasanya..gua tak perlu Medikel Kad ni bro, Company gua dah cover solid satu keluarga.."

Tuan tuan dan puan puan, adik adik muslim dan muslimah sekalian,

Brader yang gua berhadapan sekarang ni bekerja di sebuah syarikat minyak bernama Exxon Mobile atau Shell, atau...errrr....

Ya tuan puan, tanyalah mana mana syarikat minyak didunia, mereka ini sangat kaya dan medikel kad para pekerjanya masyaAllah tersangatlah power. Namun begitu...sebaik mana pun medikel kad mereka ini, medikel kad ini tak berguna satu sen pun bilamana:

1. Pekerjanya berhenti kerja;
2. Pekerjanya mati;
3. Pekerjanya kena cancer, masuk medikel board dan diberhentikan kerja bersama pampasan;
4. Pekerjanya bersara kelak pada umur 55 atau 60 tahun.

Kita ambil contoh paling radikal, contoh nombor 2.

Mati.

Adakah kepoweran medikel kad si mati masih berguna pada anak dan isteri?

Adakah kepoweran medikel kad si mati masih boleh dipakai kalau anak masuk hospital?

Jawapannya sudah tentulah TIDAK. Dan ketika perkara ke 2 ini terjadi, maka hilanglah segala kebaikan medikel kad syarikat yang selama ini diberlagak dan dikerekkan kepada ejen ejen takaful macam gua.

Sebagai retaliasinya, mereka bertanya pula,

"Medikel kad takaful lu ni cover anak bini ke lepas gua mati?"

Jawapannya, sudah tentulah YA.

Terkejut? Bertenang...jangan terkejut. Inilah faktanya.

Katakan satu keluarga ada ayah, ibu dan 3 orang anak. Dan si ayah ini otak dan hatinya tidaklah benak kerana terpegun dengan kemewahan medikel syarikat minyaknya. Maka dengan rezeki gaji yang Tuhan kurniakan, si ayah melaburkan RM500, atau RM1000, untuk mendapatkan medikel kad bekap untuk dia dan keluarga.

Sekiranya si ayah ini ditaqdirkan mati, katakanlah selepas 5 bulan bertakaful (contohnya, dia ambil RM1000/bulan x 5 bulan = RM5 ribu). Jumlah yuran yang sempat dibayar untuk 5 kepala selama 5 bulan adalah RM5 ribu.

Sesungguhnya tuan puan, nilai RM1000 sebulan yuran Takaful ini akan diambil alih oleh pihak Takaful dan pembiayaan akan beterusan sehinggalah isteri mencapai umur 70 tahun, dan anak anak pula mencapai umur 25 tahun.

Sekarang beritahu gua, syarikat mana di malaysia ni yang buleh tanggung RM1000 sebulan untuk pembiayaan medikel kad untuk anak siteri sampai berpuluh tahun lamanya?

Hah! Jawabla..jawab!

Setahun cover dah RM12,000..kalau masa si ayah ni mati umur isterinya baru 35 tahun, dan anak anak pula usianya 7 tahun, 5 tahun dan 2 tahun?, cuba kira berapa puluh ribu yang Takaful akan tanggung untuk medikel kad dan segala pampasan lain?

Satu medikel kad valuenya dalam RM500k-RM1 juta (nilai yang boleh di pakai..macam limit kredit kad la..).

Jadi kalau emak 1 juta limit, anak anak sorang 1 juta limit. Pehhhh!!,

Hah! Kira la..kira!

Mana lagi power sekarang?

Ok..itu kalau bayar RM1000 sebulan..Kalau bayar Rm10,000? RM20,000? Ya. Berapa nilaipun Takaful/medikel kadnya, pihak takaful akan mengambil alih pembayaran ini sekiranya berlaku perkara di bawah pada si ayah:

1. Mati;
2. Eksiden dan berlaku cacat kekal;
3. Sakit kritikal, seperti stroke, buah pinggang failure, cancer dan segala macam kritikal lagi.

Argumen ke 2 yang selalu juga gua hadapi, berbunyi macam ni:

"Ahhh..kalau macam tu, gua ambik medikel kad Takaful ni lepas gua pencen la, atau lepas gua berhenti kerja la..sekarang ni pakai dulu medikel kad kompeni..rugi la ambil Takaful ni sebab kompeni cover bro.."

Ya..Ya..jawapan semacam ini bunyinya memang educated dan cerdik. Tapi hakikatnya, tersembunyi bangang yang terang lagi bersuluh.

Tuan puan muslimin dan muslimat sekalian,

Argumen ke 2 ni sedikit sebanyak dah boleh dicantas oleh penerangan gua di perenggan sebelumnya. Tapi gua jawab juga lah.
Takaful, atau mana mana syarikat insuran yang ujud dalam sistem kapitalis/sosialis/islamis/liberalis dunia hari ni, tidak akan menerima mereka yang:

1. Sudah ada penyakit macam diabetic, darah tinggi atau jantung;
2. Sudah ada rekod pernah berpenyakit kritikal.

Jadi, soalan gua...bolehkah lu confirm yang sehingga lu pencen, lu tak kena apa apa penyakit?, boleh kah lu confirm, yang sebelum lu berhenti kerja, anak isteri lu tak kena penyakit?, dan boleh kah lu confirm, lu boleh hidup sampai hari tua?,

Argumen ke 3,

"Sebenarnya gua punya bajet tak ngam la bro...tak berapa cukup"

Ok..tuan puan sekalian,

Masalah bajet adalah masalah priority. Kalau bajetnya makan Tony Roma's seminggu sekali, memang lah tak cukup. Kalau bajetnya tengok wayang 3 kali seminggu, boleh jadi juga tak cukup. Jadi terpulang... Kalau lu rasa hiburan, makanan dan pakaian berjenama itu lagi penting dari perlindungan diri dan kesihatan tubuh badan...silakan.

Namun ingin gua berikan sedikit pandangan, menyentuh soal bajet;

"Pada mereka yang bergaji RM2000-5000, untuk RM150, atau RM200 bayaran medikel kad Takaful...kalau disimpan setiap bulan selama 30 tahun di dalam ASB, tidak akan menjadikan lu orang jutawan. Begitu juga halnya..jika RM150, atau RM200 bayaran medikel kad Takaful, kalau dibuang setiap bulan ke dalam longkang selama 30 tahun juga, tidak akan menjadikan lu orang miskin papa kedana"

Renung renungkan..

Gua rasa cukup setakat ini, gua mohon undur diri dulu.

Kalau nak lebih penjelasan, macam biasa..emel gua:

faes.redzuan@gmail.com

Amacam brader? Steady tak entry yang gua cedok dari mentor gua ni, Fdaus Ahmad.