Friday, October 11, 2013

Ayuh Sampaikan Sepucuk Mesej Demi Sebuah Kesedaran


Kalau pun kau tak punya masa sekarang, kau datang lah sini balik bila kau lapang. Baca bagi faham. Agar kelak kau tak punya rasa sesal andai kecundang bersama takdir tuhan yang bakal datang..

Cerita kat bawah ni bukan saja buat buat. Memang real ni dari kawan aku sendiri. Kalau nak tau, baca. Nak lekas faham, baca kuat kuat baik dalam kelas, dalam tren, dalam soping mall, dalam public toilet. Ahh sukati korang lah.

“Asalamualaikum,

Kawan kawan, 

Saya doakan kawan kawan berada dalam keadaan sihat sejahtera dalam peliharaan Allah Azza Wajalla.

Tujuan saya memberi emel adalah hendak berkongsi pengalaman kelmarin semasa saya bersama rakan rakan Takaful memberi cek takaful kepada seorang waris.

Selama saya menjadi ejen Takaful ni, saya tidak dapat menggambarkan sejauh mana benarnya Takaful ini boleh membantu masyarakat. Bermula dengan kes kecil kecil kemasukan hospital, sehinggalah detik kelmarin, saya sangat faham dan percaya yang sememangnyalah Takaful yang ada pada tuan puan sekalian sangat bermakna dan InsyaAllah akan membantu di masa akan datang.

Sedikit cerita mengenai arwah,

Namanya Hazwan, pekerja Petronas di PMO Kerteh, arwah merupakan junior saya di UTP (tak sempat jumpa sebab saya dah graduate dia baru masuk). Beliau memiliki isteri yang sedang sarat mengandung. Pada bulan April yang lalu, sahabat saya yang juga ajen Takaful, Johari Julis telah bertemu arwah untuk membincangkan hal Takaful.

Alhamdulillah arwah bersetuju untuk contribute RM300/month (Meninggikan life RM200k + Eksidental Death RM200k dan selebihnya pada medikel kad).

Taqdir sudah tentukan segalanya, hanya 4 bulan selepas menyertai Takaful, saudara Hazwan dijemput bertemu Yang Esa dalam kemalangan ngeri ketika beliau memandu seorang diri dalam perjalanan ke tempat kerja.

Betapa tabah isterinya, sedang mengandung 6 bulan, juga bertugas sebagai Doktor di Hospital Terengganu, menerima berita tersedih sebegitu. Lebih memilukan, sang isteri turut menyertai pasukan bedah siasat terhadap mayat suaminya sendiri.

Coverage medikel syarikat juga terpaksa ditamatkan selang beberapa hari selepas kejadian, apa boleh buat kerana itu lah polisi syarikat yang beroperasi di negara mana pun.

Bulan depan, (november), puan Natasya akan melahirkan anak yang tidak sempat menatap wajah ayahnya, bayangkan sukarnya kehidupan si anak juga si ibu yang perlu menelusuri kehidupan seterusnya tanpa orang tersayang.

Semasa menyerahkan cek pampasan, kami tanya juga apa yang hendak dibuat dengan wang sebanyak itu? (RM400,000). Puan Natasya berniat nak serahkan semua wang berkenaan kepada ibu dan ayah arwah, kerana menurutnya, ibu dan ayah arwah lebih layak menerima wang pampasan tersebut untuk digunakan ke jalan yang sepatutnya. Syukur puan natasya memiliki kerjaya yang baik, keluarganya juga sederhana dan pada perkiraan saya, tanpa wang pampasan sekalipun, mereka masih mampu membesarkan anak/cucu yang bakal lahir.

Apa yang saya kira harus diberi perhatian adalah bentuk persediaan yang kita buat, dalam mempersiapkan ahli keluarga kita jika berlaku sesuatu ke atas diri kita, terutamanya suami kepada isteri, ayah dan ibu kepada anak anak, juga tidak ketinggalan..anak anak muda kepada ibu dan ayah yang sudah tua.

Saya kira, arwah Hazwan sudah menjalankan amanah dengan baik, justeru mempersiapkan sesuatu sebagai bekalan kepada isteri dan bakal anak yang akan lahir.

Saya juga ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada tuan puan, kerana telah membuat persediaan untuk diri sendiri dan keluarga. Alhamdulillah.”

Baiklah kawan kawan, sampai suatu masa nanti kita juga akan punya nasib sama seperti Arwah Hazwan. Yang beza hanyalah masa dan keadaan ketika itu. Sedar?

Kalau belum elok lah kalian baca balik apa yang aku cuba sampaikan. Tak perlulah aku perincikan setiap butir ayat yang ada kat atas. Yang membaca ini pun sudah tentu dari kalangan orang orang yang bijak pandai.

Jadi kalau sudah sedar elok lah cari aku lekas. Atau kalau pun bukan aku yang dipilih, carilah pada mana mana tempat atau barangsiapa sahaja yang menyediakan khidmat ketakafulan. Ambillah secebis polisi demi sebuah kehidupan.

Bertakafullah!



credit: abang pidomat sama jo julis

No comments: