Thursday, May 23, 2013

Ini Bukan Soal Wang Ringgit, Malah Lebih Dari Itu



Dalam konteks takaful ni, ia bukan hanya melibatkan wang ringgit tapi lebih lagi dari tu.

Kebanyakan orang kita sering menjauhkan diri dari takaful. Membuatkan takaful tu macam satu ancaman. Betul juga, mungkin akan rasa terancam sebab bila sampai masa dia kena keluar duit dari poket. Tambah lagi duit yang dikeluarkan tu tak menampakkan apa-apa hasil dalam tempoh terdekat.

Tapi sama juga halnya macam sakit atau mati. Kita pun tak nampak benda tu akan datang pada kita bila. Hasil/kesan dari sakit tu pun kita tak tahu. Boleh jadi kita sakit sampai tak mampu nak kerja, boleh jadi juga kita sakit tak bangun2. Mungkin sekarang, masa tengah baca benda ni kita masih lagi sihat. Tapi berapa ramai yang boleh jamin/yakin dalam masa setahun, dua tahun, lima tahun, atau mungkin 10 tahun dia sihat macam sekarang? Kalau ada, ilmu apa dia pakai tu mohon kongsi dengan aku. Berapa dia nak, aku bayar! Betul, aku tak tipu, aku bayar.

Baik, sekarang aku nak tanya berapa ramai yang rasa dia mampu untuk cover segala kos perubatan dirinya kalau terjadi/datangnya sakit yang mengancam. Tak payah pikir sampai bab kanser pun takpe. Katakan kau kena masalah kat jantung. Valve kau tersumbat. Kau pergi IJN buat checkup lepas tu doctor bagi keputusan itu ini dan kau kena operate itu ini. Dan kos dia bila kau dengar kau rasa bullshit. Bullshit la sebab kau takde saving yang sebanyak tu. Mana yang ada tu kire bagus la, kurang2 dapat jugak cover separuh takpun suku takpun kurang dari suku kos untuk operation tu. Tapi pulak, duit yang kau simpan tu nak buat belanja kahwin, atau dah cadang2 nak buat duit muka kereta takpun rumah semi-d mampu milik.

Baiklah, untuk memudah cara aku pindahkan situasi kat atas ni kepada dua individu, individu A aku bagi nama Ali. Dan individu B aku taruk nama Bakar.

Ali ni kerja dia bagus, level2 exec. Umur muda lagi, kita ambik contoh 28 tahun. Gaji dia boleh tahan sedap tapi bila sampai hujung minggu, jumpa makwe memang hangus poket. Bila dah habis enjoy ada balance sikit2 baru dia simpan. Katakanlah dia simpan RM200 sebulan. So, dalam 5 tahun dia ada saving lebih kurang dalam Rm15k. Nak dijadikan cerita, memang nak kena lah orang kata, dia dapat masalah jantung macam aku kata kat atas tadi. Kelentung kelentang, doctor mintak Rm40k untuk operate jantung dia. Mohon bincangkan mane Ali nak cekau lagi Rm25k. Itu baru kos operasi, belum cerita kos selepas operasi. Apa kau ingat lepas operate terus sihat macam 5 tahun sebelumnya?

Sekarang lupakan sekejap hal Ali. Kita pergi pada Bakar pulak.

Bakar ni katalah orang kerja kerajaan. Lvl2 biasa. Tak tinggi mana tak rendah mana. Gaji tak banyak tapi Bakar decide untuk bertakaful dengan nilai sebanyak RM150 sebulan. Umur Bakar ni baru cecah 27 tahun. Bakar ni nak kata selera tak tentu hala pun tak jugak. Tiap minggu kurang2 2 kali main futsal, hujung minggu siap pergi senam dekat padang. Tapi kalau dah orang kata nak kena, 2 tahun lepas tu Bakar ni dapat sakit sama macam Ali tadi. Doktor bilang perlu operate, kos pun lebih kurang Rm40k. Tanpa segan silu dan berfikiran serabut perihal kos dan segala macam benda lain Bakar bagi jawapan OK! 2 minggu kemudian Bakar pergi buat operation untuk jantung dia. Kena duduk dalam wad seminggu. Keluar wad seminggu dapat duit lebih kurang Rm1000 lagi sebab duduk dekat wad tadi. Lepas tu rawatan susulan pun dia buat tak ada masalah. Ahh cilakak Bakar mana datang duit banyak nak buat operation? Pinjam along ke? Tidak tuan-tuan dan puan-puan. Hanya dengan sekeping kad sahaja mampu mengubah segalanya.

Ya, sekeping kad yang amat bermakna dan bernilai. Nilainya yang mampu mencecah bukan sahaja ratusan ribu malahan boleh jadi sehingga jutaan ringgit. Power bukan? Kahkahkah!

Nah, sekarang kau orang pikir, siapa yang nak jadi macam Ali, siapa yang nak jadi macam Bakar. Siapa nak ikut Ali, hiduplah kalian seperti biasa. Mana yang nak ikut macam Bakar, atau dari macam Ali nak jadi macam Bakar, macam biasa lah. Mohon emel/contact aku cepat2.

faes.redzuan@gmail.com / 011-19997178 (FAIS)

No comments: