Friday, April 22, 2011

Tazkirah

Sempena Sayyidul Ayyam ni gua nak kasi tazkirah sikit-sikit. nak banyak-banyak kena tunggu gua pegang title ustaz.

"Apa hebat sangat ke lu orang kalau pegi tempat yang kononnya grand, makan mewah-mewah, pergi disko, kelab malam, togak air setan, karoke mahal-mahal, keluar dengan pakwe pergi bercuti luar negeri, pre-honeymoon, pergi menjahanam diri dengan mat rempit dan macam-macam lagi perkara mungkar." 

Lepas tu update status kat fesbuk dengan aktiviti bangsat macam tu! Lu orang tau lu orang macam apa? Macam HARAM! Sekor-sekor perangai cegampang. Yang tukang sokong dengan komen tu pun perangai sama lebih kurang. Kalau lu orang pergi pun lepas tu duduk je diam-diam. Tak perlu nak beria sembang kencang cerita kat orang. Cuba ler buat benda be'pekdah' sikit kot ye pun nak tayang-tayang!"

Faking tau tak.Faking!

Budak-budak sekarang memang pesen tak boleh nak tegur cara baik. Kalau tak makan sepak, terajang. Memang benda sama akan diulang. Tu yang cukup sembilan bulan jumpa budak dalam longkang!

Sekian tazkirah ilmiah gua. Sori kalau terlajak gampang.
Wassalam~ 

No comments: