Friday, January 11, 2013

Offspring Versi Melayu

Kali ni brader silat yang gua pernah cerita haritu bikin satu hal lagi. jenis hal-hal yang memang tak dapat nak kasi can die punye gelak.

Tengah hari tadi kutu-kutu dekat ofis gua tengah sedap nyembang. tiba-tiba brader silat bukak cerita pasal lagu rock lama-lama.

"eh kau orang pernah dengar lagu offspring?" tanya beliau

gua jawab,

"offspring lagu yang mana satu bang?

"ahh kau budak lagi.mane pandai layan band-band macam tu.." jelas brader tu lagi..

gua rasa macam tercabar. "celake pesen rasist bab umur.abg nyanyi sikit bagi saya teka."

brader silat sengih-sengih tarik nafas lepas tu dia payung lagu tu sebaris,

"SEMPERITED!!!!" "ASI HEYY!! HEYY!!"

.
..
...
....
.....

gua tak sedar apa jadi lepas tu sebab semua geng kutu bagi dekah-dekah punya gelak. ada sorang tu sampai sujud atas lantai padahal dia sendiri pun tak berapa ingat bila kali terakhir dia sujud.

brader silat terus tah pegi mane gua tak tau.pura-pura kencing barangkali.

babi ape offspring nyanyi lagu kuih raya.kata gua,dalam hati.barai..memang barai..

Thursday, December 27, 2012

Seni Silat Level Dewa

suatu hari dekat tempat parking motorsikal, gua ada sembang dengan sorang brader merangkap pilot dekat ofis tempat gua mencari rezeki.

"bang, dulu pernah belajar silat tak?" tanya gua,

brader tu jawab selambe,

"ada, dulu saya pernah belajar silat. tapi silat gayung jela."

"silat la jugak tu.. sampai jurus berapa bang?" tanya gua lagi minat nak dengar.

"alah..tak masuk jurus pun lagi.baru bab yang mula-mula.sekejap je aku belajar."

"macam tu pulak,apesal tak sampai habis?tok guru meninggal ke?"

"takde lah,tok guru tu yang mengajar silat tu ajar kitorang skill sepak-tendang. kena letak kapur atas tunggul, lepas tu sorang-sorang sepak kapur tu."

"sudahnye apa?" blas gua tak sabar.

brader tu tarik nafas dalam-dalam,lepas tu slow dia balas soklan gua tadi,

"sampai turn saya, saya tak sepak kapur,sepak tunggul.langsung balik rumah tak datang balik dah. naik sompek kuku kaki dibuatnya.sakit tak payah cerita la. amacam bro, hebat tak?"

melopong gua dibuatnya sambil dalam hati gua pikir power betul jurus brader ni.tak habis belajar lagi dah macam ni punya power.

gua harap gua tak teringat benda ni masa tengah sembahyang.pasalnya bila gua ingat susah jugak rasa nak berhenti gelak.

Wednesday, December 12, 2012

Keramat

01.01.01
02.02.02
03.03.03
04.04.04
05.05.05
06.06.06
07.07.07
08.08.08
09.09.09
10.10.10
11.11.11
12.12.12
......
....
...
..
.

berbanggalah kerana generasi kita dapat melalui detik-detik macam ni. hatta ianya cuma nombor.

kurang-kurang esok lusa boleh jugak buat modal nyembang dengan anak cucu. bila ada yang bertanya apa yang aku buat masa ni, boleh jugak aku jawap selambe,

"atuk tulis blog."

kehkehkeh..

Tuesday, December 11, 2012

Siri Kuliyyah Subuh

Aku kalau ada orang tanya "apa harapan kau bila kau bangun pagi-pagi?"

Harapan aku,

Semoga kawan-kawan aku yang rasa diri dia Islam tu bangun sama macam aku, pegi bilik air, basuh muka, tangan, kepala, kaki, niat jangan lupa.

Lepas tu bentang sejadah, kejut bini, kejut anak, kejut mak, kejut ayah, adik, kakak, abang, yang mana ada makwe/pakwe, kejut sama. kalau tak mampu nak sembahyang ramai-ramai, sembahyang sendiri-sendiri pun takpa.

Sebab bagi aku, bangun subuh tu jihad pertama yang korang akan buat untuk menegakkan agama. kalau yang ini, benda yang wajib, yang asas ni pun fail, nak jihad menentang ape benda?

*saling mengingat bab-bab agama ni tak payah tunggu jadi baik. asal tak menyimpang bukan-bukan hala rasanya tak jadi dosa.

** Daulat Tuanku! Dirgahayu pelindung agama. 11/12/12.

Friday, August 31, 2012

Tanah Merdeka

sedang anak-anak orang lain sibuk berkejar ke kelas tambahan, tuisyen, isi borang masuk ipt, study group, anak melayu kita sibuk berkejar ke audition, pertandingan menyanyi, realiti tv, pegi casting, modelling. Itu belum cerita lagi yang duduk berpeleseran kat dataran-dataran seperti dataran merdeka mahupun dataran kemerdekaan Shah Alam.

kalau ditanya aku syak ini yang bakal dijawab,

"bang, ini kan tanah Melayu, dah tentu la ini port kami, anak-anak Melayu yang sedang bernostalgia mengingati kemerdekaan Tanah Melayu."

iyelah, 100 tahun lagi berkampunglah anak cucu korang kat sini pacak khemah ramai-ramai, itu pun kalau tempat ni tak dibangunkan dek kaum lain untuk buat shoping mall.

takpe, soalan dan jawapan ni aku simpan je dalam hati.