Tuesday, March 6, 2012

"Seringgit je Pun Takkan Nak Berkira Kot!"

Gua pasti dalam dunia ni takde seorang umat pun yang tak nak jadi kaya. Tak kira la kaya dari aspek apa sekalipun. Dan gua juga tak pernah terkecuali untuk turut sama menjadi kaya terutama kaya dari segi wang ringgit. Peduli apa gua lu orang nak label gua kapitalis pun.

Tapi gua tau takda cara mudah untuk jadi kaya dalam sekelip mata hatta dalam masa sesaat sekalipun. Hal ini gua nampak bila mamat-mamat dan jugak minah-minah MLM masih lagi sibuk mencari downline walaupun diorang claim yang diorang sebenarnya dah pun berjaya. Alasan mencari downline yang ramai lagi yang kononnya nak tolong sesama bangsa adalah alasan paling bangsat sebenarnya. Padahal sendiri tak nak mengaku dah kena kencing masuk bisnes bukan-bukan hala. Kahkahkah..

Baiklah, kembali kita ke topik utama dan lupakan pasal MLM sebab gua bukan nak cerita pasal MLM kat tulisan kali ni. Sebenarnya gua pernah terfikir untuk menulis buku '100 Cara untuk Menjadi Kaya' tapi sebabkan pengalaman gua tak cukup banyak jadi gua rasa adalah baik untuk gua ringankan tajuk buku tu kepada '10 Cara untuk Kelihatan Senang'. Nah, tengok pada tajuknya pun dah rasa senang bukan.

Jadi sebelum gua mula berkira-kira untuk menerbitkan buku, adalah lebih baik kiranya gua menimba pengalaman dengan mempraktikkan dulu beberapa cara tersebut agar ianya takdelah kelihatan haprak dan bangsat kalau tak menjadi. Konsep gua yang pertama gua namakan, "Seringgit je Pun Takkan Nak Berkira Kot!". Sila nikmati langkah-langkah di bawah :-

1. Tak silap gua kat Malaysia ni ada lebih kurang 30 juta penduduk. 
2. Gua tak mintak banyak la, kalau ada sejuta dua penduduk kat bumi bertuah ni baik hati nak sedekah ke gua seringgit sekurang-kurangnya. Gua dah boleh dapat dalam RM1 juta.
3.  Tak menjadi masalah pun kalau ada yang nak sedekah lebih dari RM1 tadi. Misalnya RM5, RM10, RM50 atau pun lagi besar, lagi banyak, lagi bagus.
4. Jangan gusar wahai saudara/ri, duit yang kalian sedekahkan tadi bukanlah bertujuan untuk gua bolot habis sorang-sorang atau istilah rempitnya 'makan sorang'.
5. Hasil dari wang sedekah tadi sebahagian akan gua salurkan ke tabung amal, buat wakaf misalnya atau sumbangkan ke rumah anak yatim serta rumah kebajikan.
6. Jadi kat sini je kalau lu orang nampak la kan. Lu orang dah dapat pahala dunia dan akhirat.
7. Oleh yang demikian siapa-siapa yang rasa bersetuju boleh lah emel gua di m_fais89@yahoo.com untuk gua forwardkan no.akaun bank gua.
8. Mudah bukan cara ni, tak perlu sibuk cari downline. Hah! sekarang apa tunggu lagi, cepat-cepat la emel gua dan gua akan bagi lu orang no.akaun. 
9. Lepas tu lu orang boleh berkejar ke mana-mana deposit machine atau terus log masuk ke online banking.
10. Akhir kata gua mengucapkan bukan setakat ribuan, bahkan jutaan terima kasih kepada kalian yang sudi menderma dan bersedakah demi kebaikan dan kesejahteraan bersama. "Seringgit je Pun Takkan Nak Berkira Kot!"

Kalau benda ni menjadi gua yakin yang gua bukan sahaja senang malah mungkin berpeluang untuk meletakkan potret gua di media arus perdana. Yang penting kalian berpegang pada prinsip utama iaitu "senang dunia dan akhirat".Kehkehkeh..

No comments: