Friday, April 1, 2011

Minyak Punya Cerita


"Ura-ura mengatakan bahawa pihak Patronasahmad telah menjumpai sumber minyak yang baru di sekitar kepulauan Malaysia. Menurut sumber minyak tersebut juga merupakan jenis minyak yang berkualiti tinggi. Pihak Patronasahmad sedang membuat kajian berhubung penemuan terbaru ini.

Pengurus besar pemasaran Patronasahmad, Datuk Abahan bin Anakan bercakap dalam satu sesi temubual dengan menyatakan bahawa, "Pihak kami sedang menjalankan siasatan dan uji kaji di makmal. Jika benar ini adalah merupakan minyak gred A+++ yang lebih A dari jersey Malaysia, saya percaya bahawa minyak ini kita boleh pasarkan dengan harga yang tinggi dalam pasaran minyak mentah dunia."

Tambah beliau lagi, "Dengan keuntungan yang bakal diperoleh, mungkin harga minyak di Malaysia juga dapat diturunkan sehingga berpuluh peratus."

Namun rakyat diingatkan agar jangan terus percaya dan menerima bulat-bulat akan hal ini kerana pada masa ini hanya sekadar ramalan sahaja. Kesimpulannya di sini, adakah kita bakal menikmati keistimewaan negara minyak setelah lebih 50 tahun negara kita di merdekakan? Sama-sama kita nantikan."

Gua syak klu benda ni betul jadi. Silap-silap rakyat tanah Melayu ni boleh mandi dengan minyak. Mau-mau ron95-25sen, ron97-50sen, diesel-30sen seliter. Pehh! Itu jam tuang minyak sepuluh ringgit boleh share dengan kereta sebelah!

Dan takkan ada isu minyak naik lagi! TIDAK AKAN! Ya, tidak akan naik harga atau pun tidak akan jumpa minyak gred macam tu yang memang tidak akan wujud! Lu orang pilih la mana lu orang nak. Rakyat yang menentukan segalanya. Last sekali lu orang pilih la sama ada lu orang nak percaya ke tidak! Pilihan di tangan anda. Kehkehkeh..
 


No comments: