Thursday, January 19, 2012

Scene Pemanduan

Sedia maklum aku mengetahui bahawasanya level pemandu kat Malaysia ni terdiri dari pelbagai lapis. Sedari golongan berada sampai lah pada golongan yang papa kedana. Tak dinafikan juga ada sebilangan walaupun kaya tapi bebal. Lebih bebal dari golongan yang miskin yang jarang pegi sekolah dulu.

Aku nak tekankan kat sini perihal pemandu bebal kat jalanraya di Malaysia ni. Yang kadang kala bebal nya kalau dilihat dan dipikir bleh membuatkan aku geleng kepala berkali-kali. Pesen bebal kalau nasihat belum tentu jalan. Senang kata, bodoh piang. Ya, itulah label yang sesuai. Tak perlu la sampai hendak dikepalabanakan mereka-mereka ini.

Oleh yang demikian aku nak pesan sikit pada pemandu yang memilih smart tag sebagai cara untuk membayar tol di lebuhraya-lebuhraya di Malaysia ni dengan pesanan tulus ikhlas,

"kalau dah lu nampak lane smart tag penuh dan jammed. Apa bangang lu terkial kial nak tunggu lagi. Lorong touch n go sebelah tu kosong kan. Tak berdosa pun kalau lu pegi lane sebelah. Ke lu tak tau yang smart tag lu tu ada kad touch n go. Bangang, bangang, bangang!"

Sekian.

Friday, January 6, 2012

Tazkirah

Adakalanya hidup ini senang, adakalanya susah. Masa susah heboh nak senang. Bile dah senang mula la cari jalan nak jadi susah balik. Lepas tu bila tengok orang lain senang dah terasa nak senang pulak. Bile dah dapat balik senang rasa susah pulak bila dah senang. Tapi tak kisah la masa senang ke susah ke janji tak lupa pada Tuhan. Tuhan nak bagi kita hidup ni senang-senang je tapi nak bagi tak hidup pun tak susah. Moga yang senang terus senang dan yang susah tak terus susah.
 

Sunday, January 1, 2012

Membilang Masihi

Sempena 2012 Masihi ni gua doakan semua umat dan kaum kat bumi terutama rakyat se-Malaya dalam keadaan baik. Yang mana tak dapat nak tengok bunga api sebab banjir atau kena kerja masa malam tu gua bawakan lu orang satu gambar. Nampak gaya gambar ni bukan main area sini-sini.

Nah! Selamat Tahun Baru

Sekian sahaja ucapan dari gua. Gua malas nak taip banyak sangat sebab belum lagi nak jadi adun/parlimen kawasan jauh sekali menteri-menteri.


Monday, November 21, 2011

Harimau Muda vs Garuda Mistik? Apedehal. Malaysia ada Fakri Saraani, Indogs ada apa? Titus Bonai import dari Papua? Power sangat ke? puii! We are 100% Original Pure Malaysian tahu! Pui,pui,pui!

Biasanya kalau team yang main macam bangang fight dengan team yangg bajet power, team yang bajet power ni boleh jadi main lagi bangang dari team yang sedia bangang tu. 
Kalau tak percaya cuba tengok balik match sebelum-sebelum ni contoh macam Chelsea 0-1 QPR, Chelsea 3-5 Arsenal, Chelsea 1-2 Liverpool. Tak ke yang menang tu semua team bangang dan yang kalah tu pulak team yang bajet power tambah-tambah lagi main dekat dia punya "home". 
Maka, seperti yang kita sedia maklum Malaysia, selaku team yang main serupa bangang ni bole jadi akan menang malam ni. Kesimpulannya, main macam bangang tapi result power.
Akhir kata : "In Fakri We Trust"

Prediction gua utk malam ni :- Indogs 1-2 Malaysia [Syahrul Azwari, Titus Bonai (o.g)]

Friday, November 11, 2011

Nombor 11

kalimah yang dipetik dari Hikayat Penyembah Kalendar.

" Dalam kitab Satanik Yang Mulia ialah Syaitan,  Bapak Syaitan mengisytiharkan 11.11.11 adalah hari kebangkitan di mana ia jatuh pada hari Jumaat untuk menyesatkan kesemua agama langit serta fahaman lain di mana Syaitan akan kegembiraan dengan manusia yang tertinggal otak di atas lantai menyebarkan konspirasi 11.11.11 blablablabla . . .  "

barangsiapa percaya memang asshole, bangang, bodoh piang. dah kau baca heboh kau share kau sebar seantero dunia, berganda-gandalah bangang. ya amat bangang. puii!

gua nak tulis sampai habis pun tak lalu. kang kabor gua ni pulak yang sebarkan benda ni. daripada lu sebar dakyah yang tak tau ujung pangkal entah iye ntah tidak ni lebih baik lu orang berzikir sikit petang-petang Jumaat ni. toksah dok asyik nak berzikir tekan keyboard komen gambar member lu orang masuk disko mabuk-mabuk. baii.