Thursday, January 19, 2012

Scene Pemanduan

Sedia maklum aku mengetahui bahawasanya level pemandu kat Malaysia ni terdiri dari pelbagai lapis. Sedari golongan berada sampai lah pada golongan yang papa kedana. Tak dinafikan juga ada sebilangan walaupun kaya tapi bebal. Lebih bebal dari golongan yang miskin yang jarang pegi sekolah dulu.

Aku nak tekankan kat sini perihal pemandu bebal kat jalanraya di Malaysia ni. Yang kadang kala bebal nya kalau dilihat dan dipikir bleh membuatkan aku geleng kepala berkali-kali. Pesen bebal kalau nasihat belum tentu jalan. Senang kata, bodoh piang. Ya, itulah label yang sesuai. Tak perlu la sampai hendak dikepalabanakan mereka-mereka ini.

Oleh yang demikian aku nak pesan sikit pada pemandu yang memilih smart tag sebagai cara untuk membayar tol di lebuhraya-lebuhraya di Malaysia ni dengan pesanan tulus ikhlas,

"kalau dah lu nampak lane smart tag penuh dan jammed. Apa bangang lu terkial kial nak tunggu lagi. Lorong touch n go sebelah tu kosong kan. Tak berdosa pun kalau lu pegi lane sebelah. Ke lu tak tau yang smart tag lu tu ada kad touch n go. Bangang, bangang, bangang!"

Sekian.

No comments: