Sunday, January 1, 2012

Membilang Masihi

Sempena 2012 Masihi ni gua doakan semua umat dan kaum kat bumi terutama rakyat se-Malaya dalam keadaan baik. Yang mana tak dapat nak tengok bunga api sebab banjir atau kena kerja masa malam tu gua bawakan lu orang satu gambar. Nampak gaya gambar ni bukan main area sini-sini.

Nah! Selamat Tahun Baru

Sekian sahaja ucapan dari gua. Gua malas nak taip banyak sangat sebab belum lagi nak jadi adun/parlimen kawasan jauh sekali menteri-menteri.


Monday, November 21, 2011

Harimau Muda vs Garuda Mistik? Apedehal. Malaysia ada Fakri Saraani, Indogs ada apa? Titus Bonai import dari Papua? Power sangat ke? puii! We are 100% Original Pure Malaysian tahu! Pui,pui,pui!

Biasanya kalau team yang main macam bangang fight dengan team yangg bajet power, team yang bajet power ni boleh jadi main lagi bangang dari team yang sedia bangang tu. 
Kalau tak percaya cuba tengok balik match sebelum-sebelum ni contoh macam Chelsea 0-1 QPR, Chelsea 3-5 Arsenal, Chelsea 1-2 Liverpool. Tak ke yang menang tu semua team bangang dan yang kalah tu pulak team yang bajet power tambah-tambah lagi main dekat dia punya "home". 
Maka, seperti yang kita sedia maklum Malaysia, selaku team yang main serupa bangang ni bole jadi akan menang malam ni. Kesimpulannya, main macam bangang tapi result power.
Akhir kata : "In Fakri We Trust"

Prediction gua utk malam ni :- Indogs 1-2 Malaysia [Syahrul Azwari, Titus Bonai (o.g)]

Friday, November 11, 2011

Nombor 11

kalimah yang dipetik dari Hikayat Penyembah Kalendar.

" Dalam kitab Satanik Yang Mulia ialah Syaitan,  Bapak Syaitan mengisytiharkan 11.11.11 adalah hari kebangkitan di mana ia jatuh pada hari Jumaat untuk menyesatkan kesemua agama langit serta fahaman lain di mana Syaitan akan kegembiraan dengan manusia yang tertinggal otak di atas lantai menyebarkan konspirasi 11.11.11 blablablabla . . .  "

barangsiapa percaya memang asshole, bangang, bodoh piang. dah kau baca heboh kau share kau sebar seantero dunia, berganda-gandalah bangang. ya amat bangang. puii!

gua nak tulis sampai habis pun tak lalu. kang kabor gua ni pulak yang sebarkan benda ni. daripada lu sebar dakyah yang tak tau ujung pangkal entah iye ntah tidak ni lebih baik lu orang berzikir sikit petang-petang Jumaat ni. toksah dok asyik nak berzikir tekan keyboard komen gambar member lu orang masuk disko mabuk-mabuk. baii.


Wednesday, September 7, 2011

Perihal hero, keli dan batu

1. Dulu masa gua kecil kecil gua rajin jugak follow brader brader satu kampung carik ikan.

2. Pesen kami cari ikan tak main pancing pancing ni. Lambat, buang masa. Semua pesen masuk terus dalam parit gagau ikan, tangkap guna tangan. Mana yang tangan tak berapa nak ada luck diorang guna penyauk.

3. Dekat kampung gua ada sorang kutu masa tu, nama dia Mat Azmil, gua dengar time time tu dia hero kampung. Mat Azmil ni konon konon hebat benor tangkap ikan guna sebelah tangan.

4. Ada sekali tu Mat Azmil dapat tangkap ikan keli berat dekat dekat belas kilo pakai tangan bawak naik ke darat. Tiba tiba ikan keli hilang pedoman terus sengat tangan Mat Azmil. Mat Azmil punya sasau macam orang  tengah ngadap sakaratul maut.

5. Sebagai seorang yang prihatin, gua terus ambil tindakan drastik terhadap makhluk yang cuba memudaratkan kawan kawan gua. Gua capai sebijik batu besar tapak tangan budak umo 7 tahun, terus lempor serong tepat kena kepala ikan keli yang berat belas kilo tadi. Padu pegi dia! Tak sempat mengucap ikan keli terus diam tak boleh nak main sengat sengat lagi.

6. Lepas tu gua terus balik rumah sambil kipas kipas baju kat udara. Gua tak pedulikan Mat Azmil sebab dah dekat maghrib time tu. Kalau lambat balik nanti mak gua perambat gua pulak yang kena sengat karang.

7.Sekarang lu orang rasa siapa sebenarnya hero? Gua atau Mat Azmil.


Apesal gua taip gune point point ni. Cilakak!

Sunday, August 21, 2011

Sesi Mengenal Teman SeperseKUTUan - Edisi Firdaus Kaki Potong

"hai. nama saya Firdaus."

Kutu kat atas ni namanya Firdaus, mesra lagi kalau dipanggil abang Daus oleh makwe makwe. Kalau rasa puaka panggil saja beliau ni saka. Dulu beliau memang kutu, raja kutu bagi segala kutu. Tapi sekarang dah kurang sikit. Kerjaya sebagai CEO gunting rambut telah membuatkan diri beliau sedikit bermaruah justeru menghilangkan sedikit sebanyak gelaran kutu tersebut.

Beliau juga merangkap penggunting rambut paling setia untuk gua. Setelah lebih lima (5) tahun membina kerjaya sebagai penggunting rambut. Gua semakin percaya terhadap kemampuan dan kredibiliti beliau dalam mencorak seni pada kepala gua. Gua rasa bila rambut gua disenikan oleh beliau, level confidence gua meningkat macam gua gunting rambut kat Thomas & Guys.

Kepada kutu-kutu sekitar lembah klang yang ingin mencuba tahap kesenian beliau di atas kepala anda boleh direct pergi ke kedai beliau yang terletak di Klang. Gua dengar-dengar kalau bisnes mamat ni makin maju, beliau ingin membuka hampir tujuh puluh tujuh cawangan kedai gunting di seluruh pelusuk negara terutama kawasan yang banyak kutu. Selain mampu membuka peluang kerja, beliau juga ingin menjadikan kerjaya gunting rambut sebagai profesyen pilihan suatu hari nanti. Gua mencadangkan agar beliau membuka sebuah universiti untuk mengajar sesapa yang berminat nak menggunting rambut.

Beliau juga berhajat nak bagi gua duit raya sebanyak lebih kurang RM150,000.00 sebagai balasan menyiapkan artikel yang power ni untuk diri beliau.

Sekian, majulah gunting rambut untuk negara.