Sunday, August 21, 2011

Sesi Mengenal Teman SeperseKUTUan - Edisi Firdaus Kaki Potong

"hai. nama saya Firdaus."

Kutu kat atas ni namanya Firdaus, mesra lagi kalau dipanggil abang Daus oleh makwe makwe. Kalau rasa puaka panggil saja beliau ni saka. Dulu beliau memang kutu, raja kutu bagi segala kutu. Tapi sekarang dah kurang sikit. Kerjaya sebagai CEO gunting rambut telah membuatkan diri beliau sedikit bermaruah justeru menghilangkan sedikit sebanyak gelaran kutu tersebut.

Beliau juga merangkap penggunting rambut paling setia untuk gua. Setelah lebih lima (5) tahun membina kerjaya sebagai penggunting rambut. Gua semakin percaya terhadap kemampuan dan kredibiliti beliau dalam mencorak seni pada kepala gua. Gua rasa bila rambut gua disenikan oleh beliau, level confidence gua meningkat macam gua gunting rambut kat Thomas & Guys.

Kepada kutu-kutu sekitar lembah klang yang ingin mencuba tahap kesenian beliau di atas kepala anda boleh direct pergi ke kedai beliau yang terletak di Klang. Gua dengar-dengar kalau bisnes mamat ni makin maju, beliau ingin membuka hampir tujuh puluh tujuh cawangan kedai gunting di seluruh pelusuk negara terutama kawasan yang banyak kutu. Selain mampu membuka peluang kerja, beliau juga ingin menjadikan kerjaya gunting rambut sebagai profesyen pilihan suatu hari nanti. Gua mencadangkan agar beliau membuka sebuah universiti untuk mengajar sesapa yang berminat nak menggunting rambut.

Beliau juga berhajat nak bagi gua duit raya sebanyak lebih kurang RM150,000.00 sebagai balasan menyiapkan artikel yang power ni untuk diri beliau.

Sekian, majulah gunting rambut untuk negara.

No comments: