Wednesday, August 3, 2011

Puaka 7 Sekawan

"Kejap lagi diorang sampai. Terus pegi bilik Lan Boroi.." Syuk Baka bagi info pada gua sama Man Sembang. 

Tak sampai 10 minit gua nampak dari tingkap 3 ekor budak pakai seluar slack sama t-sirt kolar lalu kat bawah sambil beg masing-masing kembung macam bawak dadah. Awe Klantan lambai-lambai tangan kanan sambil senyum sinis tanda bagi arahan. Gua senyum nipis terus capai baju sarung seluar sambil buat isyarat ok kat Syuk Baka sama Man Sembang.

Kurang sepuluh langkah dari bilik Lan Boroi gua dah dapat cium bau power daun pandan sama sambal tumis. "Bagus budak-budak ni. Cekap buat kerja.." sambil bisik dalam hati sambil gua perhati ada mamat kontraktor tengah pasang water cooler kat tepi blok biar senang budak-budak nak minum.

"Takkan melenggang je. Bak sini kaver caj dulu baru boleh bagi barang.." sound Adi Mattop selaku tuan punya bilik.

"Lu jangan jadi asshole boleh tak. Yang lu hari-hari port bilik gua layan intenet free takde pun gua nak mintak kaber caj bagai.." gua smash Adi,padu!

"Ape lagi dikenang,semua dah ada kan. Kita bedal la, lambat karang ada pulak yang menumpang.." takde segan silu punya Lan Boroi cepat-cepat besila sambil tangan sebelah main mesej dengan makwe Serdang. 

Gua tak pikir panjang. Gua pecut makan laju-laju sambil dalam hati gua mintak ampun dalam-dalam punya ampun sama tuhan. Tahap laju tu boleh dianggarkan ibarat menelan seketul ayam bersama nasi dalam kiraan 10 kali suap barangkali.

Selesai kerja gua terus bangun nak cuci tangan. Man Sembang sempat sound gua suruh tunggu kejap biar blah sama-sama. Gua buat muka selamba badak air pulas tombol pintu bilik nak pergi toilet.

Gua pulas tombol, gua bukak pintu gua tengok depan clear,gua toleh kiri cun,gua toleh kanan.......................

Gua pandang mata warden dalam-dalam, warden pandang gua sambil sengih satu macam. Cepat-cepat gua pandang lantai.

"Alamak warden woi!" sound Syuk Baka sepatah sambil mata terbeliak sipi lagi nak terkeluar.

Adi Mattop terkejut sangat terus melompat macam kera sampaikan tercampak nasik keluar ikot tangkap sambil tangan kesat kat langsir bilik. Lan Boroi tersedak tengah minum sampai terus kejang. pelan-pelan air sirap meleleh keluar dari hidung dengan mulut dah macam orang sawan. Ntah mesej makwe Serdang masuk pun dah tak sedar barangkali. Man Sembang terus panjat katil sambil sorok kertas nasi lemak bawah bantal sambil pura-pura tidur. Konon dapat lepas.

Dalam masing-masing menggelabah gua tengok Dak Wan jugak paling terer. Selamba badak Dak Wan habiskan sisa makanan terakhir sambil tangan sebelah garu punggung. Awe pulak tengah jilat jari sebab nikmat sangat dapat makan sebelum tengah hari.

Gua pergi cuci tangan sambil geleng kepala laju-laju kenang nasib 7 sekawan. Lepas peristiwa bangsat tu gua, Lan Boroi, Man Sembang, Adi Mattop, Syuk Baka, Awe Klantan sama Dak Wan jadi siak masjid tanpa tauliah 30 hari,30 malam. 

"Selamat Mengerjakan Ibadah Puasa"

"barangsiapa yang berpuasa di pagi hari (terbit fajar), maka hendaklah ia berbuka pada sebelah petangnya (tenggelam matahari) dan bukanlah di kala matahari dok terpacak atas kepala"
-Faes Redzuan


Idea asal : Brader PiPi


Tuesday, June 28, 2011

Siapa Mahu?

.
..
...
....
.....
ADA BUYER??
.....
....
...
..
.
.
..
...
....
.....
-sekian, mekaseh-

Tuesday, May 31, 2011

Hilang Punca

gentle cakap, gua bukan nak promote blog pipiyapong yang hilang punca. gua cuma nak bagi semua orang tahu..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
mana pergi life gua woi!
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
banyak yang tak cukup ni woi!
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
mak gua, makwe gua, kawan-kawan gua, awe, syuk, lan,ma, wan, didi, reza, ajib, karim, din, lingam, ramu, mutusuzuki, matusumi hamamoto, yashica ishida, jeremy teoh, alexander graham bell, penelope cruz, nora danish, lisa surihani, kampung halaman, sawah, lumpur, selut, pokok pelam, ikan keli, ikan haruan, ikan duyung, wallet, jam, henpon, kipas angin, super-tenggiling, rokok dunhill, soping mall, movie, kapas korek telinga, gel rambut, pencuci muka, feminin wash, baju, seluar jeans, t-shirt, baju melayu, fesbuk, belog, lagu mp3, muvi-muvi lama, youjizz, youtube, ubuntu, mac, linux, windows, android, CK, DKNY, FCUK u, ketip kuku, paper, beras, minyak, gula, kampit bawang, pensel, pemadam, pembaris, bla,bla,bla...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
mana semua pergi woi!
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
gua rindu semua tu, tolong cari balik untuk gua, gua nak rilek-rilek~
ciao! kehkehkeh~

Wednesday, May 11, 2011

Apekejadah nak berpuisi sedangkan gua punya perut dah mintak nasi

Cinta itu,
Bermula dari mata,turun ke hati..
Cinta itu,
Ada datang ada pergi,silih berganti..
Cinta itu,
Ada palsu ada hakiki,
yang palsu itu duniawi,
yang hakiki hingga ukhrawi..
Cinta itu, cinta ini,
Pergi jahanam la sama puisi cinta!!
Gua dah lapar! Baik gua pecut pegi makan! Order, order!

Tuesday, May 10, 2011

Scene Tidur

Tido malam gua semenjak dua menjak ni memang jarang sangat nak cecah tido yang optimum. Bak kata pakar motivasi, tido sekurang-kurangnya 8 jam. Jadi dengan selamba gua mengambil inisisatif untuk layan tido time lunch hour. Pehh, scene layan tido ni memang confirm boleh terlajak punya. Silap hari bulan kalau bos masuk pun boleh buat selamba layan mimpi.

Sekarang gua dah backup balik tido gua yang kurang optimum tu. Tido dapat, duit pun dapat. Sapa-sapa yang rasa tak cukup duit, meh join tido dengan gua, nanti gua transfer kat akaun lu orang. Tapi dalam mimpi jela. Cilakak mimpi pun permainkan gua. Kalau betul dapat  duit tu, sedakk juga! Kehkehkeh..

Skang gua rasa nak pegi makan kejap. Pehh, nikmat rupanya keje gomeng ni. Hihihihi..